KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka berada dalam trend penurunan dengan dagangan berlegar antara 4.69 dan 4.72 berbanding dolar US pada minggu hadapan, berikutan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh daripada yang diramalkan semasa September lepas, menurut penganalisis.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata pasaran tidak melihat kemungkinan ringgit akan meningkat semula berbanding dolar AS selepas indeks harga pengguna (IHP) AS yang agak mantap bakal menjadi faktor utama kenaikan kadar faedah yang lebih agresif oleh Rizab Persekutuan.
"Risiko politik sekitar pilihan raya akan datang juga telah diketengahkan dalam kelemahan ringgit sepanjang minggu dan ia akan terus memuncak pada minggu akan datang.
"Apa pun, faktor utama di tengah-tengah kelemahan ringgit adalah sistem kewangan serta ekonomi global yang tidak bermaya, yang akhirnya hanya ada satu tempat selamat sebenar di dunia iaitu dolar US," katanya kepada Bernama.
Innes juga menyatakan bahawa pemecahan pada paras 4.70 semasa Jumaat adalah tidak menyenangkan dan ia mungkin mengakibatkan lebih banyak kelemahan kerana pasaran ekuiti dan bon yang kurang memberangsangkan boleh membawa kepada aliran keluar yang lebih banyak.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berpendapat pada asasnya, ringgit masih dalam keadaan baik dan menjangkakan ia kurang menentu berbanding mata wang Asia lain.
"Data ekonomi terkini dalam laporan 'Distributive Trade Sales' serta Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) yang dikeluarkan awal minggu ini menyokong pandangan kami terhadap ringgit," katanya.
Pertumbuhan IPI menokok kepada 13.6 peratus dari tahun ke tahun, terpantas dalam tempoh 15 bulan, didorong oleh pertumbuhan output pembuatan yang lebih baik iaitu 14.9 peratus dari tahun ke tahun, yang sejajar dengan prestasi eksport yang lebih kukuh.
"Pecutan dalam pertumbuhan IPI juga mencerminkan pertambahan aktiviti pengeluaran pada Julai hingga Ogos 2022, membayangkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh menjelang suku ketiga 2022," katanya.
Ringgit terus melembap untuk minggu yang baru berakhir, dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran.
Mohd Sidek ketika mengulas mengenai faktor dalaman berkata belanjawan neutral pasaran serta pembubaran Parlimen telah memperlahankan momentum ringgit berbanding minggu sebelumnya; bagaimanapun, ini boleh menimbulkan risiko jangka pendek.
Bagaimanapun, beliau berkata faktor luaran adalah lebih membimbangkan, terutama berkaitan dengan pendirian dasar monetari Rizab Persekutuan bagi membendung inflasi.
Pada Jumaat, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.7025/7065 daripada 4.6480/6520 yang direkodkan semasa minggu sebelumnya.
Dari Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan lebih lemah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3009/3042 daripada 3.2529/2559 sebelum ini, merosot berbanding pound Britain kepada 5.2870/2915 daripada 5.2132/2177 yang disaksikan pada minggu lepas dan jatuh berbanding euro kepada 4.5741/5780 daripada 4.5574/5613.
Bagaimanapun, ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1836/1867 daripada 3.2084/2116 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022
Ringgit terus melembap untuk minggu yang baru berakhir, dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit terus catat kenaikan berikutan keyakinan meningkat terhadap satu lagi penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.
Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.