KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka terus merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, berkemungkinan dalam jajaran 4.75, kata penganalisis.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berpendapat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS dijangka tidak menarik nafas lega berikutan inflasi tidak menyusut dengan pantas di negara itu, sekali gus bererti kenaikan adalah lebih agresif, manakala dolar AS kukuh.
"Nampaknya terdapat kesepakatan bahawa inflasi tetap tinggi, sehubungan itu, pasaran turut mempertimbangkan kenaikan kadar yang selanjutnya adalah diperlukan.
'Mudah tunai merosot dengan pantas, dan ini boleh menjejaskan mata wang berisiko seperti ringgit, dan saya tidak akan terkejut sekiranya ringgit diuji pada paras 4.75, terutamanya jika terdapat kelewatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan data perdagangan China yang lebih buruk daripada dijangkakan," kata Innes.
Ketua Pegawai Pelaburan Principal Asset Management Bhd Asia Tenggara bagi Malaysia, Patrick Chang berkata unjuran ekonomi Malaysia terus mencabar berikutan pelabur telah mempertimbangkan potensi kepada kemelesetan ekonomi.
"Keadaan ini, dan kegelisahan mengenai kenaikan kadar faedah di AS, ditambah pula dengan pertumbuhan yang lebih perlahan di China telah menambahkan lagi kebimbangan terhadap unjuran ekonomi.
"Situasi yang tidak menentu ini akan kekal buat masa ini," katanya kepada Bernama.
Seorang lagi penganalisis pasaran berkata, berikutan Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka kekal dengan pendirian untuk meningkatkan kadar faedah bagi mengawal inflasi yang tinggi di AS, Bank Negara Malaysia (BNM) diramal akan melaksanakan tindakan yang sama untuk menyokong ringgit.
"Tanpa kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), ringgit akan terus merosot sekiranya tiada pengukuh yang menyokong mata wang tempatan berbanding unit negara maju.
"Pelabur akan terus mengelak daripada kadar yang lebih pantas memandangkan pulangan pelaburan yang lebih baik terhadap dolar AS berbanding ringgit," katanya sambil memaklumkan ketidaktentuan politik di Malaysia turut mempengaruhi mata wang tempatan.
"Kami menjangkakan ringgit akan meraih semula kedudukannya selepas pilihan raya apabila dasar baharu diumumkan. Ini akan meletakkan semula Malaysia sebagai negara yang stabil dari segi politik dan dasar," katanya.
Pada Jumaat, ringgit merosot berbanding dolar AS kepada 4.7380/7395 daripada 4.7025/7065 pada minggu sebelumnya.
Pasa asas Jumaat kepada Jumaat, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3144/3157 daripada 3.3009/3042 pada akhir minggu lepas dan susut berbanding euro kepada 4.6139/6153 daripada 4.5741/5780.
Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2677/2694 daripada 5.2870/2915 dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.1384/1396 daripada 1836/1867 pada minggu sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 22 2022
Tanpa kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), ringgit akan terus merosot sekiranya tiada pengukuh yang menyokong mata wang tempatan berbanding unit negara maju. - Bernama
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.