KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup pada paras terendah dalam 24 tahun berbanding dolar AS (Amerika Syarikat) hari ini di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global yang semakin meningkat dan peningkatan hasil Perbendaharaan AS yang mendorong para pelabur beralih kepada dolar AS, menjatuhkan mata wang dunia lain, termasuk ringgit.
Pada 6.01 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.5020/5040 berbanding dolar AS 4.4970/4500 ketika ditutup pada Selasa.
Penganalisis Ekonomi Putra Business School Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff berkata satu lagi sebab yang mungkin membebankan ringgit ialah krisis tenaga di Eropah akibat perang Ukraine.
Ringgit dibuka hari ini pada paras terendah berbanding dolar AS sejak krisis kewangan Asia pada 1998, berikutan lebih ramai pelabur beralih ke aset selamat disebabkan prospek ekonomi global yang tidak menentu.
Ringgit dibuka pada 4.5010/5035 pagi ini.
Mengulas mengenai mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini dan esok, Ahmed Razman berpandangan BNM akan menaikkan lagi 25 mata asas kepada 2.5 peratus.
"Pada pendapat saya, BNM akan meningkatkan lagi 25 mata asas, jadi kadar dasar semalaman (OPR) akan menjadi 2.50 peratus untuk mengatasi kenaikan kadar inflasi iaitu 4.4 peratus pada bulan Julai."
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan itu menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1990/2009 daripada 3.2021/2044 ketika ditutup pada Selasa, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.1723/1746 daripada 5.2156/2191, naik berbanding euro kepada 4.4615/4635 daripada 4.4759/4788 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1238/1254 daripada 3.1741/1762 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 07 2022
Pada 6.01 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.5020/5040 berbanding dolar AS 4.4970/4500 ketika ditutup pada Selasa. - Gambar/ Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit terus catat kenaikan berikutan keyakinan meningkat terhadap satu lagi penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.
Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.