KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari keempat berturut-turut pada Jumaat, susulan sentimen bertambah baik setelah didorong pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.9 peratus bagi suku kedua 2022, kata peniaga.
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4435/4455 berbanding dolar AS daripada 4.4445/4460 semasa penutupan pada Khamis.
Peniaga berkata sentimen dalam pasaran bertambah baik selepas Malaysia melaporkan pertumbuhan KDNK suku kedua yang mengatasi prestasi ekonomi beberapa negara maju dan serantau seperti China (0.4 peratus) dan Amerika Syarikat (1.6 peratus).
"Ini meningkatkan keyakinan dalam pasaran selepas Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia mencatatkan lonjakan seperti diumumkan awal minggu ini," kata beliau.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata ringgit kekal stabil berbanding mata wang rakan dagang utama Malaysia walaupun unit tempatan menghadapi persekitaran dolar AS yang lebih kukuh.
"Pada suku kedua, kadar pertukaran efektif nominal (NEER) ringgit berada pada susut nilai marginal 0.1 peratus. Kita tidak boleh menjadi lebih kukuh daripada rakan dagang utama kita kerana keadaan itu akan menjejaskan daya saing kita, dan semua mata wang lain adalah lebih lemah berbanding dolar AS," katanya semasa sidang media bersama Jabatan Perangkaan Malaysia di sini, hari ini.
Sementara itu, ringgit ditutup tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2406/2428 daripada 3.2456/2469 dan naik berbanding pound British kepada 5.3975/3999 daripada 5.4307/4326.
Ringgit lebih kukuh berbanding yen Jepun kepada 3.3292/3310 daripada 3.3516/3529 pada Khamis dan lebh tinggi berbanding euro kepada 4.5759/5780 daripada 4.5934/5949 pada penutupan semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4435/4455 berbanding dolar AS daripada 4.4445/4460 semasa penutupan pada Khamis. - Gambar hiasan/REUTERS
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.