KUALA LUMPUR:Kadar tukaran matawang Ringgit terus menunjukkan pengukuhan, dengan kadar semasa menyaksikan matawang negara itu kini berada pada paras seperti sebelum penularan COVID-19.

Ringgit mencecah kadar 4.0483 berbanding dolar Amerika, mengatasi kadar tertinggi sebelum ini iaitu 4.0515 yang dicatatkan pada Januari tahun ini.

Menurut Bloomberg, kenaikan ini antara lain disumbang oleh kadar matawang dolar Amerika yang melemah, peningkatan harga minyak mentah global, serta perkembangan positif mengenai vaksin COVID-19.

Laporan itu berkata, firma kewangan Australia and New Zealand Banking Group Limited menjangka Ringgit berupaya mencecah kadar 4.0 berbanding dolar Amerika dalam masa terdekat.

Peningkatan Ringgit bagaimanapun, berupaya menjejaskan eksport negara.

Ini kerana negara sering menjual produk yang dieksport dalam matawang tempatan.

Sekaligus bermakna jika matawang tempatan meningkat, ia akan menjadikan produk tempatan lebih mahal.

Setakat jam 12 tengah hari Jumaat, ringgit didagang pada paras 4.0530 berbanding dolar Amerika.