KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas mata wang Amerika Syarikat (AS) itu merosot berikutan sentimen bank pusat AS yang kurang menyokong kadar faedah tinggi, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.4040/4150 berbanding dolar AS daripada 4.4420/4500 semasa ditutup semalam.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit naik mendadak, mengurangkan bukan sahaja risiko politik tetapi turut didorong oleh kenyataan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell mengenai langkah untuk memperlahankan kadar kenaikan kadar faedah mulai bulan ini.
Innes berkata jangkaan pelan China untuk pembukaan semula akan turut memberi rangsangan kepada imbangan perdagangan Malaysia, yang dijangka menyokong mata wang tempatan dalam tempoh terdekat.
"Oleh itu, dijangka lebih banyak langkah susulan berikutan pengeksport terus mengurangkan pegangan AS semasa," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data pekerjaan daripada ADP Research Institute bagi November yang lebih rendah daripada jangkaan terus mempengaruhi dolar AS menjelang pengumuman laporan senarai gaji bukan ladang (NFP) AS.
"Daripada angka ADP (127,000 kedudukan ditambah berbanding unjuran 200,000), pasaran membayangkan bahawa data NFP yang akan dikeluarkan pada Jumaat juga dijangka berada di bawah anggaran, yang cenderung menjadi negatif kepada dolar AS," katanya.
Pada pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2447/2533 daripada 3.2487/2551 pada Rabu, meningkat berbanding pound kepada 5.3275/3408 daripada 5.3366/3467 semalam dan mengukuh berbanding euro kepada 4.5960/6075 daripada 4.6010/6098 sebelum ini.
Bagaimanapun, ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2200/2285 daripada 3.2007/2067 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022
Pada 9 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.4040/4150 berbanding dolar AS daripada 4.4420/4500 semasa ditutup semalam. -Gambar fail/Bernama
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit susut ke paras 4.7780/7810 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7785 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit rendah berbanding dolar AS berikutan situasi tidak menentu meningkat
Katanya, Fed AS dilihat tidak tergesa-gesa meredakan pendirian dasar monetarinya dalam masa terdekat.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
Ringgit teruskan peningkatan, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Dolar AS turut menerima faktor sampingan berikutan kenyataan Pengerusi Fed AS Jerome Powell yang cenderung menaikkan kadar faedah.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.