Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM427.9 bilion, bersamaan dengan US$140 bilion pada 15 Jan 2013.

Dalam satu kenyataan Selasa, BNM berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan 4.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Ia berkata rizab antarabangsa itu terdiri daripada rizab mata wang asing (US$126.4 bilion); rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$900 juta); Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$2 bilion); emas (US$1.9 bilion); dan aset rizab lain (US$8.8 bilion).

Jumlah aset BNM, termasuk rizab antarabangsa, berjumlah RM477.202 bilion.

Aset-aset lain bank pusat itu termasuklah kertas kerajaan Malaysia (RM2.18 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM28.38 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM9.56 bilion); dan, aset-aset lain (RM9.13 bilion).