RM1.7 bilion ketirisan hasil rokok, minuman keras di pulau bebas cukai - Johari Ghani

Bernama
Disember 7, 2016 14:58 MYT
Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata daripada jumlah itu, dianggarkan sebanyak RM1.3 bilion membabitkan ketirisan hasil rokok. - Gambar hiasan
Jumlah sebenar ketirisan hasil rokok dan minuman keras di pulau-pulau bebas cukai pada tahun lepas adalah sebanyak RM1.7 bilion dan bukannya RM5 bilion.
Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata daripada jumlah itu, dianggarkan sebanyak RM1.3 bilion membabitkan ketirisan hasil rokok manakala RM398 juta ketirisan hasil minuman keras.
Beliau merujuk kepada artikel dalam akhbar berbahasa Inggeris, The Sun, yang menyiarkan berita bertajuk 'RM5 Billion Tax Loss From Duty-Free Islands' semalam.
Johari berkata jumlah ketirisan yang dilaporkan akhbar itu adalah tidak tepat dan berharap media mengambil maklum kesalahan maklumat itu agar tidak timbul kekeliruan. -- Bernama
#JOHARI ABDUL GHANI #ketirisan #Menteri Kewangan Kedua #pulau bebas cukai