KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menjangkakan sasaran purata pendapatan RM10,065 sebulan rakyat boleh dicapai menjelang akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) pada 2025.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, sasaran seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu boleh dicapai sekiranya kerajaan hari ini bertindak dengan lebih cekap, berani dan inovatif.
Katanya, purata pendapatan isi rumah seperti yang dinilai oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) adalah RM3,686 sebulan pada tahun 2007.
"Namun ia berjaya dinaikkan hampir sekali ganda ke RM6,958 sebulan pada tahun 2016 susulan pertumbuhan ekonomi yang mantap dalam tempoh tersebut.
"Akan tetapi, kadar pertumbuhan pendapatan rakyat telah jauh menyusut dan hanya naik kepada RM7,089 sebulan pada tahun 2019 iaitu kenaikan 1.8 peratus dalam tempoh tiga tahun daripada 2017 walaupun pertumbuhan ekonomi ketika itu begitu mantap," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan RMK-12 di sidang Dewan Rakyat, di sini pada Selasa.
Menurut Najib lagi, asas bagi RMK-12 adalah berdasarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) dengan matlamat utama untuk mengurangkan jurang pendapatan antara semua rakyat dengan meningkatkan pendapatan golongan B40 dan M40.
Menurutnya, sebenarnya matlamat itu juga adalah antara keutamaan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.
"Jurang antara pendapatan golongan miskin dan kaya di negara ini melebar pada 2019 buat kali pertama sejak tahun 2004, demikian mengikut laporan terkini yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
"Pekali Gini (Gini Coefficient) adalah kaedah paling popular untuk mengukur ketaksamarataan pendapatan, yang mana nilai Pekali Gini berada di antara 0 dan 1. Semakin kecil nilainya semakin saksama agihan pendapatan," katanya.
Najib menambah, Pekali Gini negara telah menurun secara konsisten dari 0.441 pada tahun 2009 ke 0.399 pada akhir tahun 2016.
"Bagaimanapun, angka ini telah menaik semula pada tahun 2019 di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), iaitu kenaikan sejak tahun 2004.
"Di bawah kerajaan BN, tempoh sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ialah tempoh Pekali Gini menjunam paling tajam atau paling ketara apabila dasar-dasar seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan-bantuan lain seperti bayaran bulanan kepada nelayan, bantuan persekolahan dan bantuan antara musim bagi pekebun kecil dan pesawah padi, diperkenalkan," katanya.
Di samping itu, menurutnya, kadar pelaburan asing yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia berjaya mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.
Jelasnya, pelaksanaan Sistem Percukaian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) memberi kesan lebih besar kepada golongan kaya dan ekonomi gelap yang berbelanja lebih banyak.
"Mereka tidak lagi mudah untuk mengelak cukai seperti sistem percukaian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
"Malangnya, akibat dasar-dasar kerajaan selepas PRU-14 untuk mengurang dan memansuhkan pelbagai bantuan bagi golongan berpendapatan rendah, dividen serta hibah tabung-tabung simpanan rakyat untuk tiga tahun berturut-turut mencatatkan rekod paling rendah dalam sejarah.
"Selain itu, menggantikan sistem cukai GST dengan SST menyebabkan pertumbuhan pendapatan golongan paling kaya (T20) menjadi lebih tinggi berbanding golongan M40 dan B40 buat kali pertama sejak 10 tahun lalu," katanya.
Najib menegaskan, akibatnya kesan daripada itu, Pekali Gini naik semula dan mencerminkan jurang pendapatan semakin melebar.
Astro Awani
Tue Sep 28 2021
Najib memberitahu, sasaran seperti yang diumumkan Perdana Menteri itu boleh dicapai sekiranya kerajaan hari ini bertindak dengan lebih cekap, berani dan inovatif. - Foto BERNAMA
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
Najib pertahan kenyataan wang dalam akaun sumbangan kerabat diraja Arab Saudi
Najib berkata adalah munasabah untuk beliau mempercayai bahawa Raja Abdullah telah mengarahkan Kementerian Kewangan Riyadh untuk menyalurkan dana bagi pihak baginda sebagai sumbangan.
Istana Pahang tidak beri kenyataan isu Titah Adendum
Istana Pahang tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikemukakan oleh Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak di Mahkamah Tinggi.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Kenapa sembunyi titah adendum Najib? - Muhammad Shafee
Peguam Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kenapa titah adendum terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disembunyikan.
1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.