SEMPORNA: Sabah mahu menarik lebih ramai pelabur terutamanya dari luar negara untuk membuka kilang pemprosesan rumpai laut di negeri itu, seterusnya memajukan industri berkenaan sebagai pemangkin kemajuan ekonomi tempatan.
Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perikanan Sabah, Azhar Kassim berkata industri rumpai laut di Sabah adalah amat berpotensi dengan meraih pendapatan bagi rumpai laut mentah sehingga RM50 juta sehingga RM60 juta setahun dan pengeluaran sekitar 18,000 tan metrik setahun, sejak tiga tahun lepas.
"Ini data semasa rumpai laut kering yang kita ambil. Data ini (pendapatan) boleh meningkat sehingga tiga hingga empat kali ganda jika rumpai laut itu dapat kita proses dan eksport," katanya dalam temubual dengan Bernama.
Beliau berkata, ketika ini komoditi dalam bentuk mentah dan kering itu dieksport ke China, Jepun, Filipina dan Indonesia yang memberi manfaat kepada kira-kira 1,200 pengusaha di Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Tawau.
Mengulas selanjutnya, Azhar berkata Sabah diintai oleh dua pelabur berpotensi dari China dan Semenanjung Malaysia yang mempunyai usaha sama dengan pelabur Eropah untuk melabur dalam industri rumpai laut di negeri berkenaan.
Katanya pelabur berkenaan kini membuat kajian dari segi kebolehlaksanaan pembangunan industri itu termasuk jumlah rumpai laut yang boleh diperolehi.
"Mereka telah berhubung dengan jabatan (perikanan). Jadi, hasrat mereka adalah cuba membuka kilang atau ambil alih kilang yang sudah sedia ada atau kilang yang ditutup untuk mereka cuba bangunkan.
"Perkara ini masih di peringkat penelitian dan kita memang memberi kerjasama kepada pelabur berminat. Memang harapan kita untuk pelabur buka kilang...ada pelabur yang berbincang dengan pihak kita, menyatakan mahu membuka kilang yang besar di satu daerah," katanya.
Menurut Azhar pewujudan kilang pemprosesan rumpai laut itu akan memberi nilai tambah, sekali gus membangunkan industri berasaskan komoditi berkenaan di Sabah dan menyumbang pendapatan tambahan kepada ekonomi negara.
"Kalau kilang ini dapat menghasilkan untuk serbuk karaginan separa bertapis dan lebih baik, karaginan bertapis, itu cukup bagus kerana eksport rumpai laut kita telah ada nilai tambah.
"Sebanyak 90 peratus kegunaan rumpai laut adalah untuk industri seperti farmaseutikal dan kosmetik.Hanya sedikit untuk industri makanan," katanya sambil menambah pewujudan kilang itu akan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 24 2022
Industri rumpai laut di Sabah amat berpotensi dengan meraih pendapatan bagi rumpai laut mentah sehingga RM50-RM60 juta setahun. - Bernama
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
44 kes melioidosis direkodkan di Sabah setakat ini
Ia merupakan peningkatan sebanyak 12.8 peratus berbanding dengan jumlah kes yang dilaporkan pada ME sama pada tahun lepas iaitu sejumlah 39 kes.
Sabah rancang jadikan Pulau Gaya sebagai tarikan pelancong - Hajiji
Kerajaan negeri bercadang untuk mengindahkan Pulau Gaya dan menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak di perairan Kunak, Sabah
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak ketika sedang menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak pagi tadi.