Saham Boeing susut lebih RM100 bilion

Ibrahim Sani
Mac 14, 2019 15:05 MYT
Pesawat Ethiopian Airlines terhempas kurang lima bulan dengan kemalangan yang ditimpa Lion Air, dimana kedua-dua kemalangan ini melibatkan pesawat jet Boeing 737 Max 8 / Gambar Fail
Krisis melibatkan syarikat pembuatan jet pesawat penumpang Amerika Syarikat (AS) Boeing dilihat semakin keruh.
Ia susulan dua pesawat milik syarikat itu, Boeing 737 MAX 8 terlibat dalam nahas yang mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapalnya.
Oktober lalu, pesawat Lion Air terhempas di perairan Tanjung Karawang, Indonesia, menyaksikan kesemua 181 penumpang dan anak kapalnya maut.
BACA: Negara mana yang telah gantung pesawat Boeing 737 MAX 8?
BACA: Boeing gantung semua penerbangan pesawat 737 MAX
Terbaru, Ethiopian Airlines yang membawa 157 penumpang dan anak kapal terhempas selepas enam minit berlepas dari Addis Ababa menuju Nairobi.
Sehingga kini lebih 40 buah negara menggantung penerbangan Boeing 737 MAX 8, termasuk Malaysia, Singapura Dan Indonesia.
Dalam pada itu, Boeing memaklumkan mereka akur dengan tindakan pihak berkuasa negara-negara terlibat dan mengambil keputusan untuk tidak membenarkan mana-mana syarikat penerbangan untuk menerbangkan pesawat Boeing 737 MAX 8 sehingga siasatan terhadap Nahas Lion Air dan Ethiopian Airlines selesai.
#Amerika Syarikat #AS #Boeing #Donald Trump #ethiopia #Indonesia #kemalangan #Lion Air #nilai #penerbangan #pesawat #presiden #Singapura #terhempas