KUALA LUMPUR: Buat pencinta gajet, ini berita baik untuk anda!

Syarikat telekomunikasi terkemuka, Samsung Electronics Co. Ltd (Samsung) melancarkan buah tangan terbaharu, iaitu telefon pintar Galaxy A32.

Presiden Samsung Malaysia Electronics, Edward Han berkata, A32 bukan sekadar sebagai alat komunikasi, sebaliknya ia dilengkapi dengan ciri-ciri khas bagi membantu pengguna melakukan kerja-kerja harian.

“Selain menjadi peranti utama untuk berhubung dan bersosial dengan rakan dan orang tersayang, ia juga menjadi jalan untuk mengekspresikan kreativiti dan pilihan utama untuk berhibur.

“Ia dilengkapi kamera kuad 64MP, layar 6.4 inci FHD + Super AMOLED dan kapasati bateri 5,000mAh. A32 membolehkan pengguna merakam pelbagai momen-momen indah tanpa sebarang gangguan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Galaxy A32 dilengkapi dengan empat kamera belakang menggabungkan kamera utama 64MP, F1.8, kamera ultra lebar 8MP, F2.2, kamera makro 5MP, F2.4 dan kamera pengesan kedalaman 5MP, F2.4.

Dalam pada itu, telefon pintar itu juga menyertakan bateri berkapasiti besar dengan 5,000mAh (Tipikal) dengan teknologi pengecasan pantas 15W.

Selain itu, A32 mempunyai kapasiti penstoran dengan jumlah 8 gigabait RAM dan 128 gigabait penstoran dalaman.

Ia didatangi dengan empat pilihan warna, iaitu Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue dan Awesome Violet serta boleh dimiliki pada RM1099 bermula 26 Mac ini. 

Awesome Black (kiri), Awesome White, Awesome Blue dan Awesome Violet.

Untuk membuat pembelian Samsung Galaxy A32, layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a32-awesome-violet-128gb-sm-a325flvixme.