SUBANG: Penyedia perkhidmatan sewa dan pajak, carter penerbangan dan pesawat, Systematic Aviation Services Sdn Bhd (SAS) bakal membina lapangan terbang kecil (aerodrome) air di Pulau Perhentian, Terengganu, yang akan menjadikannya 'lapangan terbang atas air' pertama di Malaysia.
Ini juga akan menjadikan SAS sebagai pengendali aerodrome air pertama di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ida Adora Asha'ari Ismail berkata rancangan itu adalah susulan daripada Memorandum Perjanjian (MoA) yang dimeterai antara SAS dan Oriental Sky Sdn Bhd (OSSB) untuk menjalin kerjasama dalam bidang penyenggaraan pesawat amfibia dan operasi penerbangan.
"Daripada perjalanan selama 45 minit menaiki bot, anda mungkin hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit dari tanah besar untuk sampai ke pulau (menaiki pesawat laut).
"Pesawat akan mendarat di atas air dan perlu ada lapangan terbang tertentu untuknya, oleh itu kami ketika ini sedang membina satu di Pulau Perhentian," katanya kepada Bernama semasa ditemui di Pameran Penerbangan Selangor 2022, di sini.
Ida Adora berkata syarikat itu berharap dapat mengembangkan perkhidmatan pesawat laut ini ke tiga hingga empat lagi pulau di Malaysia.
"Yang pertama dijangka bermula pertengahan tahun depan dan harapnya tahun berikutnya akan ada tambahan bagi setiap tahun selepasnya," katanya.
Ditanya mengenai potensi pengembangan ke pasaran luar negara, beliau berkata buat masa ini syarikat itu menumpu untuk mengembangkan habnya di Malaysia dengan beberapa aktiviti perniagaan dibuka kepada syarikat asing dalam bahagian pembaikan dan penyenggaraan.
SAS memiliki pelbagai kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) termasuk pengendali udara yang diperakui, organisasi penyenggaraan diluluskan (AMO) dan organisasi pengurusan layak terbang berterusan diluluskan.
Oriental Sky adalah anak syarikat milik penuh Ikhasas Group yang baru-baru ini membeli satu unit Cessna 208B Grand Caravan dalam konfigurasi amfibia.
Ini membolehkan pesawat itu berlepas dan mendarat daripada landasan dan laluan air termasuk dari kawasan laut di sekitar Malaysia.
Menerusi MoA itu, SAS dipertanggungjawabkan oleh OSSB untuk menjadi pengendali komersial yang akan menyediakan perkhidmatan penerbangan dengan pesawat ini, buat permulaannya ke Pulau Perhentian di mana sebuah kompleks resort mewah sedang dibangunkan oleh Ikhasas Group.
Di bawah MoA itu juga, SAS, sebagai AMO yang diiktiraf oleh CAAM, akan menyediakan sokongan penyenggaraan bagi pelbagai jenis pesawat dan helikopter termasuk Cessna 208B Grand Caravan.
Ida Adora berkata kerjasama antara SAS dan OSSB sudah pastinya akan menjadi satu pencapaian penting dalam menjadikan Malaysia sebagai satu daripada kuasa penerbangan serantau, berkembang kepada penerbangan amfibia komersial dan menawarkan kaedah baharu untuk menikmati keindahan semula jadi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 10 2022
Syarikat itu berharap dapat mengembangkan perkhidmatan pesawat laut ini ke tiga hingga empat lagi pulau di Malaysia. - Foto BERNAMA
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
Narendra Modi, pembangkang tamat kempen Pilihan Raya India
Menuju pilihan raya umum, Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin parti pembangkang utama Kongres Rahul Gandhi dan Priyanka Gandhi menamatkan kempen pada Rabu.
Kes kematian di Indonesia meningkat
Kes kematian akibat demam denggi di Indonesia semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan 179.4 peratus bersamaan 475 mangsa berbanding 170 nyawa terkorban dalam tempoh sama, tahun lalu.
Siti Nurhaliza bakal tampil persembahan cinta setinggi awan Ogos ini
Konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
Enam ditangkap, tiga lagi dikesan terlibat rompakan emas terbesar
Pihak berkuasa Kanada dan Amerika Syarikat mengumumkan enam individu telah ditangkap manakala tiga lagi sedang dikesan berhubung rompakan emas terbesar dalam sejarah Kanada pada Rabu.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
LPP akan mohon kuota tambahan beras putih tempatan
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memohon kuota tambahan beras putih tempatan (BPT) sekiranya jumlah yang diperuntukkan tidak mencukupi.
Papagomo kemuka representasi gugur tuduhan kes hasutan kaitkan kerajaan pro Israel, Barat
Papagomo mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan Barat.
SAS bakal sediakan perkhidmatan pesawat laut ke Pulau Perhentian
Ini juga akan menjadikan SAS sebagai pengendali aerodrome air pertama di negara ini.