PENDIGITALAN perniagaan dan gaya hidup hari ini dilihat semakin berkembang pesat dan signifikan.

Ia juga menunjukkan daya tahan yang luar biasa sepanjang dan selepas pandemik.

Bandar-bandar pintar juga giat dibangunkan bagi mewujudkan ekosistem ekonomi digital dan pembudayaan digital yang mampu meningkatkan kualiti hidup serta memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan.

Menyedari perkembangan positif itu, kerajaan negeri Selangor melalui Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) menjadi platform menggalakkan perbincangan dan pengurusan bandar pintar yang dirasakan perlu untuk merancakkan lagi aktiviti ekonomi digital yang secara tidak langsung meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kali ini seperti tahun-tahun sebelumnya, Sidec meneruskan salah satu acara tahunannya, iaitu Konvensyen Bandar Pintar & Ekonomi Digital Selangor (SDEC) yang menghimpunkan pemimpin industri, ahli akademik, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sektor kerajaan dan swasta.

Pengisian utama, menarik

SDEC 2022 merupakan ruang perkongsian panelis hebat yang terdiri daripada pemimpin terkemuka, pengasas dan pakar dalam industri. - Foto Sidec

SDEC yang diadakan bersempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2022 akan berlangsung selama empat hari bermula 6 hingga 9 Oktober ini bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Konvensyen edisi ketujuh bertemakan Sustainable Digitalisation Towards a Net-Zero Future itu akan menyelidiki mekanisme dalam membentuk rangka kerja dan penyelesaian bandar pintar dan ekonomi digital sedia ada serta masa depan.

Ia membawakan lima pengisian utama dan elemen teras yang bakal memanfaatkan pelbagai pihak merangkumi Persidangan Bandar Pintar Asia, Persidangan Pendigitalan PKS Selangor, Selangor Fashion Accelerator, Pesta Siaran Langsung (livestream) dan pameran.

Selain itu, konvensyen kali ini turut menampilkan ucaptama daripada panelis berpengalaman di peringkat antarabangsa termasuk membuka peluang padanan perniagaan sekali gus meningkatkan jenama ke tahap lebih tinggi.

Para panelis terdiri daripada pemimpin terkemuka, pengasas dan pakar dalam industri antaranya ialah Ketua Pegawai Eksekutif Eclimo, Datuk Dennis Chuah; Ketua Pembangunan Perniagaan Tenaga Boleh Diperbaharui, Gentari Sdn Bhd, Syed Malek Faisal Syed Mohamad; Pengerusi Eksekutif, Commerce Asia, Ganesh Kumar dan Pengurus Cawangan (Country Manager) Asia Tenggara & India, Vidmay Naini.

Kali ini juga terdapat sekurang-kurangnya 100 reruai serta penyertaan kira-kira 50 syarikat yang mengambil bahagian.

Perkongsian, penyelesaian idea

Selain penuh dengan pelbagai pengisian utama dan menarik, SDEC adalah ruang serta peluang orang ramai di setiap peringkat menjadi sebahagian daripada rangkaian berprestij ini apabila ia mampu memberi impak kepada masa depan negara yang lebih cerah.

Konvensyen tersebut juga akan menyaksikan himpunan ahli teknologi, pembina dan pakar bandar pintar, agensi kerajaan dan majlis tempatan, pemodal teroka, pelabur swasta, pengasas, PKS di samping pakar perisian dan digital.

Tentatif SDEC 2022


Mereka yang berminat untuk hadir ke konvensyen ini boleh melayari https://www.sidec.com.my/sdec2022/ atau dapatkan pas penyertaan anda sekarang.

*Artikel ini adalah kandungan berbayar.