KUALA LUMPUR: Indeks Pengurus Pembelian (PMI) IHS Markit Malaysia susut ke paras 39.9 pada Jun 2021 berbanding 51.3 pada Mei.
Indeks yang mengukur prestasi pembuatan itu terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan kerajaan awal Jun.
Sebarang angka di bawah 50 menunjukkan penguncupan manakala di atas 50 adalah pengembangan.
IHS Markit dalam satu kenyataan berkata sektor pembuatan negara hilang momentum besar menjelang akhir suku kedua 2021 susulan pelaksanaan PKP 3.0.
"Tahap keyakinan perniagaan mencecah bacaan terendah," kata IHS Markit.
Indeks IHS Markit itu mengkaji maklum balas pengurus pembelian dalam industri melibatkan 400 pengeluar.
Ia mengukur lima indikator iaitu, tempahan baharu (30 peratus), pengeluaran (25 peratus), pengambilan pekerja (20 peratus), masa penghantaran pembekal (15 peratus) dan pembelian stok (10 peratus).
Menurut Ketua Ekonomi Perniagaan IHS Markit, Chris Williamson sektor pembuatan Malaysia merekodkan penurunan pada Jun selepas jangkitan COVID-19 membawa kepada pelaksanaan PKP 3.0 yang nyata menjejaskan permintaan, membantutkan pengeluaran dan menganggu rantaian bekalan.
"Kegusaran kini adalah unjuran pengeluaran masa depan telah susut, jatuh ke paras terendah sejak kajian dijalankan 10 tahun lalu, memandangkan syarikat kini lebih gusar tentang potensi impak gelombang virus itu di masa depan.
"Jika tahap keyakinan sebegini berkekalan, syarikat mungkin enggan mengekalkan pekerja dan akan berfokus kepada mengurangkan kos," kata Williamson.
IHS Markit berkata pandemik COVID-19 kekal menjadi risiko negatif kepada ekonomi negara.
"Permintaan asing terhadap barangan keluaran Malaysia menyusut, meskipun kadar pengurangan jualan eksport lebih perlahan berbanding jumlah yang disaksikan dalam tempahan baharu," katanya.
Najib Aroff
Thu Jul 01 2021
IHS Markit dalam satu kenyataan berkata sektor pembuatan negara hilang momentum besar menjelang akhir suku kedua 2021 susulan pelaksanaan PKP 3.0. -Gambar hiasan/Bernama
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Dakwaan 10,000 rakyat Malaysia jadi PATI di Thailand tidak berasas - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia menjelaskan, pihaknya yakin jumlah tersebut adalah jauh lebih kecil.
Diberhentikan kerja akibat PKP, minat kerja di hotel sudah hilang
Pada masa sekarang, gaji yang ditawarkan dilihat tidak setimpal dan ramai bekas pekerja cenderung mencari pekerjaan lain.
Polis tumpaskan kumpulan Ee lalat aktif curi kenderaan, pecah rumah
Polis tumpaskan kumpulan Ee lalat aktif curi kenderaan, pecah rumah
FINAS kemuka syarat untuk aktiviti penggambaran pada Fasa Dua PPN
Hanya produksi drama, iklan dan dokumentari yang ditangguhkan penggambaran kerana pelaksanaan PKP di bawah PPN dibenarkan untuk meneruskan penggambaran pada Fasa Dua.
IDW Design & Build tawar pakej istimewa sempena ulang tahun ke-14
Ia merupakan salah satu inisiatif syarikat tersebut bagi membantu orang ramai mendapatkan transformasi rumah idaman serta paktikal.
Penutupan sekolah: Sewa kantin dikecualikan hingga hujung tahun - KPM
Penyambungan kontrak sewaan kantin dan premis di sekolah secara automatik untuk tempoh satu tahun apabila tamat tempoh kontrak asal.
Sektor pembuatan hilang momentum besar, PMI susut ke paras 39.9 - IHS Markit
Indeks yang mengukur prestasi pembuatan itu terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan kerajaan awal Jun.
Kenduri durian: Rashid Hasnon percaya itu video lama, akur disiasat polis
Ahli Parlimen Batu Pahat itu percaya kenduri durian itu bukan video baharu, tetapi terjadi sebelum pelaksanaan PKP.
Tidak perlu merayu, tidak perlu malu, rakyat Malaysia lancar #KempenBenderaPutih
Realitinya sekarang, yang senang jadi susah dan yang susah makin merana, dek kerana wabak COVID-19 yang mula menular di negara ini awal tahun lalu.
Air rebusan beras ganti susu untuk anak kecil
Selain air beras, terdapat juga keluarga yang terpaksa meminta susu daripada jiran serta beri susu pekat manis untuk diminum anak yang masih kecil.