Sektor perniagaan tidak seharusnya bergantung kepada nilai ringgit semata-mata untuk meningkatkan daya saing, kata Menteri Kewangan pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebaliknya sektor ini sewajarnya menumpukan langkah peningkatan produktiviti dan inovasi serta pengurangan kos.
Beliau berkata sejak akhir Mac, sentimen pelabur dalam pasaran kewangan dunia semakin positif berikutan pelaksanaan segera tindak balas dasar oleh bank pusat dan kerajaan di seluruh dunia untuk mengurangkan kesan pandemik COVID-19.
“Berikutan perkembangan ini, mata wang ringgit telah menambah nilai sebanyak 4.2 peratus berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) sejak akhir Mac (sehingga 18 Sept), sejajar dengan pergerakan mata wang serantau yang berubah dalam lingkungan 4.8 peratus hingga 10.9 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee mengenai langkah yang diambil Kementerian Kewangan dalam membendung prestasi nilai ringgit yang semakin merosot.
Tengku Zafrul berkata bagi jangka panjang, nilai ringgit akan didorong terutama oleh kekuatan asas ekonomi negara.
Kerajaan akan terus menumpukan usaha bagi meningkatkan daya tahan ekonomi dengan mempelbagaikan sumber pertumbuhan, memperkukuh daya saing dan kedudukan fiskal negara, katanya.
“Sehingga 18 Sept, 2020 nilai ringgit telah menyusut sebanyak 0.5 peratus berbanding dolar AS berikutan ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kemerosotan sentimen pelabur dalam pasaran kewangan dunia susulan kebimbangan ketara membabitkan penularan COVID-19 dan kejatuhan harga minyak global,” katanya.
Beliau berkata bagaimanapun memandangkan negara masih merupakan pengeksport bersih, mata wang ringgit yang kompetitif mempunyai kelebihan secara amnya.
“Dalam persekitaran global yang mencabar serta pasaran kewangan dunia yang tidak menentu, kadar pertukaran ringgit yang fleksibel memainkan peranan penting sebagai penyerap kejutan terhadap keadaan luaran yang berubah-ubah tanpa menjejaskan aktiviti ekonomi domestik.
“Namun begitu, volatiliti ringgit yang ketara boleh meningkatkan ketidaktentuan dan menjejaskan aktiviti ekonomi berikutan kesukaran sektor perniagaan dan perindustrian merancang strategi serta mengambil keputusan yang wajar,” katanya.
Tengku Zafrul berkata kerajaan, melalui Bank Negara Malaysia (BNM), akan sentiasa memastikan keadaan pasaran kewangan lebih teratur dan lancar.
Bank pusat juga komited dalam memperkenalkan langkah untuk memastikan kecairan ringgit mencukupi, pasaran terus kekal berdaya tahan dan aktiviti spekulasi dalam pasaran dikurangkan, katanya.
Beliau berkata langkah itu termasuk menetapkan syarat supaya sebahagian besar daripada hasil eksport dalam mata wang asing ditukarkan kepada ringgit bagi meningkatkan mudah tunai wang asing dalam pasaran dalam negara.
Selain itu penguatkuasaan turut ditingkatkan ke atas peraturan pertukaran asing sedia ada bagi mencegah aktiviti spekulasi mata wang ringgit diniagakan di luar pesisir, katanya.
“Pada masa sama, BNM telah memperkenalkan instrumen pelindung nilai dan menyediakan fleksibiliti agar peserta pasaran kewangan dan sektor perniagaan boleh melaksanakan pengurusan risiko pendedahan mata wang asing dengan lebih baik,” katanya.
Bernama
Tue Sep 22 2020
Tengku Zafrul berkata, sektor perniagaan sewajarnya menumpukan kepada langkah peningkatan produktiviti dan inovasi serta pengurangan kos. - Gambar fail/Astro AWANI
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.