Selsun Blue perkenal inovasi kawal kelemumur, minyak terkini

Astro Awani
Mac 11, 2024 06:10 MYT
Dari kiri: Wakil dari Watsons, Pengurus Kategori Watsons Gan Shan Shan, Ketua Perdagangan Watsons Carrol Tan, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum Lim Mei Yuen, Pengurus Penjualan Kebangsaan Kenny Lee dan Pengurus Jenama Kanan Aaron Wong.
SELSUN Blue memperkenalkan inovasi terbarunya iaitu syampu kawalan minyak terkini, antikelemumur dan penjagaan kulit kepala.
Dengan formula dwikuasa Selsun Blue, syampu itu memanfaatkan kombinasi selenium sulfide and piroctone olamine untuk solusi efektif memerangi dan mengawal kelemumur teruk, di samping membantu menangani masalah kulit kepala berminyak, menyegarkan kulit kepala, dan meningkatkan kesihat kulit kepala.
Menurut Pengurus Jenama Kanan Rohto-Mentholatum Malaysia, Aaron Wong, syampu tersebut juga mampu mengekalkan keseimbangan microbiome di kulit kepala agar lebih sihat.
“Kita sedar pada zaman sekarang ni pengguna mencari manfaat yang lebih dalam produk penjagaan rambut mereka, jadi dengan pelancaran syampu ini bukan sahaja kita boleh menanggani masalah kelemumur yang degil tetapi ia juga membantu untuk membaik pulih sebarang jenis masalah kulit kepala atau bau di kalangan pengguna.
Jelasnya, keberkesanan produk baharu tersebut tidak boleh disangkal lagi kerana telah terbukti melalui maklum balas pengguna yang positif.
“Selepas penggunaan satu kali, 85% mendapati tahap kelemumur degil mereka telah berkurang, 87% mengatakan ia dapat membantu mengawal kulit kepala berbau dan 37% pengguna mengatakan kulit kepala mereka lebih sihat,” tambahnya.
Pengurus Besar Rohto-Mentholatum Malaysia, Lim Mei Yuen berkata formula itu juga akan memberi kawalan bau yang tahan lama, di samping memberi pembersihan dan penggelupasan kulit kepala yang berminyak bagi menghalang penghasilan dan pengumpulan minyak berlebihan.
“Kami berhasrat untuk membantu pelanggan mengekalkan kelembutan dan kelembapan rambut mereka dengan kandungan seperti ekstrak madu, asid amino, dan asid hyaluronik supaya pengguna dapat merasai keberkesanan hidrasi dengan hanya satu basuhan,” ujarnya.
Pengenalan syampu kawalan minyak terkini Selsun Blue mengukuhkan lagi komitmen syarikat dalam menyediakan penyelesaian efektif buat pengguna.
Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rambut KAMI, Glen Hiew turut menekankan kesan kelemumur dan kulit kepala berminyak pada penggayaan rambut.
“Kelemumur bukan sahaja memberi kesan yang buruk kepada penampilan malahan juga, secara tidak langsung menyumbang kepada keguguran rambut,” katanya semasa sesi perbincangan bersama panel selepas pelancaran.
Pendapat tersebut turut disokong oleh Doktor Perubatan dan Estetik, Dr. Che Hafiz yang menggariskan kepentingan penjagaan kulit kepala dengan langkah betul terutamanya dalam iklim panas lembap di Malaysia yang menggalakkan pertumbuhan kelemumur.
Tersedia dalam dua saiz berharga RM46 bagi 200 mililiter dan RM33 bagi 120 mililiter, produk tersebut boleh didapati di semua rangkaian terkemuka termasuk Watsons, Shopee, Lazada, dan TikTok.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
#Selsun Blue #Aaron Wong #penjagaan rambut #Rohto-Mentholatum Malaysia