Stella dapat projek pembinaan jalan di Serendah bernilai RM41.2 juta

Bernama
Januari 5, 2023 00:15 MYT
Stella berkata projek tersebut dijadual siap pada 28 Feb 2024. - Foto Facebook/Stella Holdings Berhad
KUALA LUMPUR: Stella Holdings Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Mewah Kota Sdn Bhd telah memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM41.22 juta daripada RSM Builders Sdn Bhd.
Syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu berkata kontrak itu membabitkan pembinaan jalan baharu di UMW High-Value Manufacturing Park (UMW HVMP) di Serendah, Selangor.
Stella berkata projek tersebut dijadual siap pada 28 Feb 2024.
"Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tempoh kewangan yang berkaitan dalam tempoh kontrak," katanya.
-- BERNAMA
#Bursa Malaysia #Stella Holding berhad #kontrak pembinaan #Mewah Kota Sdn Bhd