Sultan Johor pemegang saham kedua terbesar 7-Eleven

Ibrahim Sani
Ogos 9, 2017 03:24 MYT
Sultan Ibrahim kini merupakan pemegang saham kedua terbesar dalam kedai serbaneka 7-Eleven. -Gambar fail/Reuters
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kini merupakan pemegang saham kedua terbesar di dalam kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd (7-Eleven).
Pemegang saham terbesar syarikat itu adalah Tan Sri Vincent Tan yang juga merupakan pemilik Berjaya Group.
Sultan Johor kini memiliki 8.44 peratus atau 93.7 juta saham di dalam syarikat 7-Eleven.
Tan pula memiliki 41.27 peratus saham 7-Eleven.
Berjaya Group pula bukan lagi pemegang saham yang besar di syarikat ini setelah menjual jutaan saham mereka dalam 7-Eleven sejak kebelakangan ini.
Sultan Ibrahim dan Tan adalah rakan kongsi yang lama. Bersama, mereka memiliki REDtone International Berhad (51.71 peratus Berjaya Corp, Sultan Johor 17.9 peratus), U Mobile Sdn Bhd (Tan 21 peratus, Sultan Johor 15 peratus).
Pada 1 Ogos, 7-Eleven telah melantik Ho Meng sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu menggantikan Gary Thomas Brown yang meletak jawatan pada awal Julai.
Ho Meng pernah memegang pelbagai jawatan di 7-Eleven, termasuk sebagai pemangku CEO dan juga pengarah bukan eksekutif.
#7-Eleven #Berjaya Group #CEO #redtone #Sultan Ibrahim #Sultan Johor #U Mobile #Vincent Tan