SHAH ALAM: Jenama sinonim dengan tagline ‘Baju Tanpa Gosok’, Sabella mengukir senyuman pada wajar para guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19, Shah Alam di sini dengan pemberian sumbangan pakaian sempena pembukaan sesi persekolahan baharu 2023.

Sesi penyerahan sumbangan tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelakon dan penyanyi tanah air, Izzue Islam yang juga sebagai wakil daripada jenama Sabella. Turut berlangsung program yang sama di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Panglima Garang, Banting.

Menurut Izzue, sumbangan diberikan itu adalah sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para guru atas jasa yang mereka berikan dalam mendidik para pelajar juga merupakan generasi masa hadapan.

“Biasanya setiap kali pembukaan sesi persekolahan kita akan meraikan para pelajarkan? Namun kali ini sambutan diberikan kepada para guru dan saya melihat usaha ini adalah sangat baik.

“Kita juga boleh saksikan sendiri reaksi wajah mereka yang gembira dan senyuman terukir apabila menerima hadiah cukup bermakna daripada Sabella. Kehadiran kami pada pagi ini bukan hanya menyantuni para pelajar tetapi juga guru-guru di sini,” katanya.

Penyerahan sumbangan sama turut berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Panglima Garang, Banting.

Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan pakaian jenama Sabella di SMK Seksyen 19, Shah Alam di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Pengetua SMK Seksyen 19, Shah Alam, Rohana Jaafar berkata, pihaknya sangat teruja kerana dipilih oleh Sabella sebagai sekolah yang diberikan sumbangan pakaian jenama tersebut, sekali gus menceriakan hari pertama pembukaan sesi persekolahan baharu.

“Sabella bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seksyen 19, Shah Alam… dan kami para guru diberitahu untuk ‘standby’ sahaja. Tiba-tiba pagi ini, Alhamdulillah rasa sangat bersyukur dengan kejutan yang dibuat khas kepada kami warga sekolah.

“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada syarikat Sabella Holdings Sdn. Bhd. yang sudi datang ke sekolah kami serta menceriakan hari para guru di sini,” ujarnya.

Sementara itu, Pengetua SK Teluk Panglima Garang, Dr. Junaidah Arshad turut berkongsi rasa gembira apabila melihat para guru yang begitu teruja dengan kejutan diberikan dan merasakan diri mereka sangat dihargai.

“Ini merupakan program pertama seupamanya diadakan di sini dan ia menyuntik semangat baharu khususnya kepada semua guru kami. Di samping program ini, ia turut menyemarakkan lagi langkah Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Dalam Pendidikan (PIBKS).

“Kita dapat saksikan riak wajah para guru yang gembira, secara tidak langsung mengeratkan hubungan komuniti dan pihak swasta. Saya mengharapkan para guru akan lebih dedikasi serta meningkatkan jati diri untuk membangunkan anak-anak didik pada masa hadapan,” jelasnya.

Isitimewa untuk peminat jenama Sabella, anda boleh dapatkan Baju Raya Rahmah Sabella serendah RM5 di Karnival Hari Raya Sabella bermula 26 Mac ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman web rasmi sabella.com.my atau laman sosial Facebook dengan carian sabella.