SEKALI pandang, pelaburan patuh Syariah dan Tadbir Urus, Sosial, Alam Sekitar (ESG) berkongsi objektif yang sama iaitu membawa impak sosial melalui pelaburan meskipun ia melibatkan cara saringan yang berbeza.

Mari kita bandingkan pelaburan patuh Syariah dan mampan bagi melihat peluang yang wujud untuk pelabur.

Apakah Pelaburan Patuh Syariah?

Pelaburan patuh Syariah dikawal selia oleh beberapa peraturan serta parameter Syariah. Ia tidak hanya dilihat sebagai pelaburan yang dipengaruhi peraturan yang terlalu ketat, sebaliknya satu bentuk pelaburan beretika dan bertanggungjawab sosial.

Dari sudut pandang Syariah, pelaburan dalam saham adalah dibenarkan asalkan aktiviti perniagaan tersebut termaktub dalam parameter dan garis panduan Shariah. Bagi memastikan pelaburan mematuhi Syariah, dua peringkat saringan dilaksanakan iaitu aktiviti perniagaan (saringan sektor) dan saringan kewangan.

Perincian saringan syariah

Di bawah saringan sektor, syarikat-syarikat yang menjalankan operasi perniagaan dengan melanggar injunksi Syariah, akan dikecualikan daripada kumpulan saham boleh labur. Kebiasaannya, saham syarikat-syarikat yang terlibat di dalam sektor di bawah adalah dianggap tidak patuh Syariah:

1. Bank dan kewangan konvensional (riba).

2. Pembrokeran saham atau perdagangan dalam sekuriti yang tidak diluluskan Syariah.

3. Insurans konvensional (gharar and riba).

4. Operasi perjudian, permainan, kasino dan nombor ekor (maysir).

5. Menghasilkan, berdagang, mengangkut atau menyimpan barangan dan perkhidmatan terlarang seperti khinzir, makanan tidak halal, alkohol dan pornografi.

6. Penjualan atau penghasilan tembakau

Selain itu, terdapat beberapa bidang kuasa Syariah yang menetapkan beberapa sektor sebagai sektor pelaburan tidak patuh Syariah:

(1) Hiburan termasuk pawagam, musik dan taman tema.

(2) Hospitaliti dan resort.

(3) Pertahanan dan senjata.

Selepas selesai proses saringan sektor, syarikat-syarikat perlu melalui proses saringan kewangan bagi penilaian lanjut berkaitan pembiayaan hutang berasaskan faedah dan pendapatan berasaskan faedah.
Kelonggaran untuk sebahagian pembiayaan dan pendapatan berasaskan riba harus diberikan. Ia memandangkan ketetapan yang terlalu ketat bagi syarikat patuh Syariah untuk tidak mempunyai sebarang pembiayaan berasaskan faedah atau pelaburan dan deposit berkaitan faedah akan menyekat ruang pelaburan melibatkan saham boleh labur yang tersedia kepada pelabur Muslim.

Nisbah kewangan yang digunakan untuk mengukur kuantum pembiayaan dan pendapatan berasaskan faedah bergantung kepada sandaran indeks (atau bidang kuasa Syariah) yang digunakan.

Leveraj (nisbah hutang kepada jumlah aset atau kepada jumlah permodalan pasaran) turut dikaji bagi menilai berapa besar perniagaan itu dibiayai oleh instrumen hutang berfaedah. Jika laveraj melepasi had yang ditetapkan, saham syarikat itu tidak boleh dikategorikan sebagi pelaburan patuh Syariah.

Apakah Pelaburan Mampan atau Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelaburan telah menjadi semakin canggih yang mana pertimbangan kini tidak hanya melibatkan pulangan dari segi wang ringgit. Strategi pelaburan kini melibatkan aspek lain seperti impak pelaburan atau syarikat pelaburan ke atas alam sekitar, pertimbagan etika dan juga reputasi syarikat itu.

Pelaburan ESG boleh ditakrifkan sebagai proses mempertimbangkan faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), bersama dengan aspek kewangan, ketika membuat keputusan pelaburan. Ia juga hampir sama dengan pelaburan mampan dan pendekatan pelaburan bertanggungjawab sosial generasi terdahulu, yang mana aktiviti pelaburan berusaha menyumbang secara positif kepada kebajikan komuniti dan alam sekitar.

Pada tahap tertentu, pelaburan mampan atau ESG adalah sama dengan pelaburan Syariah kerana ia tidak hanya tertumpu semata-mata kepada pulangan kewangan, kecuali pelaburan ESG tidak berpandukan kepada tuntutan agama.

Dengan peralihan paradigma dalam pelaburan ini, kami telah melihat beberapa strategi pelaburan mampan yang muncul dalam bidang pelaburan termasuk saringan pengecualian, pelaburan bertema dan penyepaduan ESG dalam keputusan pelaburan.

Saringan pengecualian melibatkan proses mengenal pasti sektor dan syarikat yang perlu dielakkan berdasarkan nilai moral tradisional atau berdasarkan norma dan piawaian yang ditetapkan, contohnya, mengelakkan pelaburan dalam produk dan perkhidmatan yang melibatkan tembakau atau alkohol akibat kesan negatif produk tersebut terhadap kesihatan. Dengan pelaburan bertema, terdapat trend atau objektif khusus yang perlu ditangani melalui pelaburan seperti keselamatan makanan, membina teknologi hijau, dan sebagainya.

Di antara strategi pelaburan yang mampan, integrasi ESG muncul sebagai strategi yang melibatkan penyertaan khusus risiko dan peluang ESG dalam analisis pelaburan. Penyepaduan ESG juga merangkumi pembangunan dasar, piawaian pelaporan dan jawatankuasa serta proses untuk memastikan pertimbangan ESG disepadukan dengan keputusan pelaburan.

Perkongsian prinsip dan perbezaan antara Syariah dan pelaburan mampan

Pelaburan Shariah dan mampan/ESG berkongsi prinsip dan nilai yang hampir sama termasuk menggalakkan pengurusan, tanggungjawab sosial dan tingkah laku bertanggungjawab. Pada pandangan kami, jadual di bawah mengariskan persamaan dan perbezaan antara pelaburan Shariah dan ESG:

Perbezaan antara Syariah dan pelaburan mampan

Walaupun pendekatan Syariah dan mampan/ESG untuk pelaburan telah dibangunkan secara berasingan, kedua-duanya mempunyai persamaan xxx prinsip agama, dan kedua-duanya condong ke arah pelaburan dengan hasil yang lebih mampan. Satu pemerhatian ialah kebanyakan sektor yang dikecualikan di bawah undang-undang Syariah cenderung mendapat skor yang rendah dalam kriteria kemampanan dan lazimnya tidak mencapai  penanda aras atau dikecualikan daripada portfolio mampan/ESG.

Sebagai contoh, walaupun majoriti dana mampan tidak membantah produk berkaitan daging khinzir, namun ada yang membantah, disebabkan oleh jejak karbon industri. Yang lain secara khusus mengecualikan syarikat yang terlibat dalam pinjaman yang menindas. Meskipun terdapat persamaan tertentu antara pelaburan mampan/ESG dan pelaburan Syariah, perlu diambil perhatian bahawa walaupun pelaburan Syariah mungkin layak sebagai pelaburan mampan, perkara yang sama tidak boleh ditakrifkan untuk pelaburan mampan iaitu, bukan setiap pendekatan pelaburan mampan adalah patuh Syariah.

Salah satu perbezaan paling ketara yang turut membentuk tonggak utama pelaburan patuh Syariah ialah pengecualian industri kewangan konvensional, termasuk syarikat yang membayar atau menerima faedah tinggi atau menggunakan nisbah leveraj yang tinggi.

Kesan yang paling ketara daripada ini ialah pengurangan ketara dalam tahap leveraj dalam portfolio patuh Syariah berbanding dengan penanda aras tradisional. Ini juga lazimnya salah satu petunjuk utama yang digunakan untuk menilai "kualiti" syarikat, dari perspektif pendedahan faktor. Oleh itu, portfolio patuh Syariah mempunyai kecenderungan yang kuat terhadap faktor "kualiti".

Akhirnya, pelaburan Syariah dan mampan/ESG berusaha untuk menjana pulangan kewangan yang menarik untuk pelabur Islam dan bukan Islam dan hasil yang berpotensi lebih baik untuk masyarakat dan alam sekitar.

Dengan bermulanya pandemik COVID pada tahun 2020 yang menyumbang kepada peningkatan selera pelabur untuk melakukan kebaikan sambil melabur, yang mana Principal menjangkakan akan terus berkembang, kami percaya bahawa pelaburan Syariah, ditambah dengan integrasi ESG, memberi pelabur peluang untuk bukan sahaja mengejar pelaburan patuh Syariah tetapi juga membantu mencapai matlamat kemampanan dan meningkatkan potensi pulangan pelaburan terlaras risiko.

Ingin mula melabur dalam dana patuh Syariah atau mampan/ESG dan memberi impak positif melalui pelaburan yang bertanggungjawab? Principal boleh membantu anda menyelaraskan pelaburan dengan nilai sosial anda dan untuk mencapai matlamat persaraan dan pelaburan anda!

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan patuh Syariah, kunjungi www.principal.com.my.

Penafian:

Penafian: Maklumat dalam artikel ini telah diperoleh daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, namun, kami tidak mengesahkan atau menjamin ketepatan atau kesahihannya. Ia hanya mengandungi maklumat am berkenaan pelaburan dan tidak boleh dianggap sebagai muktamad. Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini tidak mengambil kira objektif pelaburan, keperluan tertentu atau situasi kewangan mana-mana pelabur. Pelabur harus mempertimbangkan sama ada sesuatu pelaburan itu sesuai dengan objektif pelaburan, keperluan dan situasi kewangan mereka sebelum membuat sebarang keputusan untuk melabur.

Data yang dikongsikan adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan sebagai cadangan untuk membeli atau menjual sebarang sekuriti atau menggunakan sebarang strategi pelaburan. Artikel ini tidak bertujuan untuk digunakan sebagai ramalan, penyelidikan atau nasihat pelaburan mengenai pelaburan tertentu atau pasaran secara umum, dan juga tidak bertujuan untuk meramalkan atau menggambarkan prestasi sebarang pelaburan.

Semua pendapat dan anggaran dalam artikel ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Artikel ini tidak bertujuan untuk digunakan sebagai ramalan atau jaminan di masa hadapan atau nasihat pelaburan mengenai pelaburan tertentu atau pasaran secara amnya.

Pelaburan bertanggungjawab terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) adalah bersifat kualitatif dan subjektif, dan tidak ada jaminan bahawa kriteria yang digunakan, atau pertimbangan yang dilaksanakan, akan mencerminkan kepercayaan atau nilai mana-mana pelabur tertentu. Maklumat mengenai amalan bertanggungjawab diperoleh melalui pelaporan sukarela atau pihak ketiga, yang mungkin tepat atau lengkap atau tidak, dan maklumat tersebut digunakan untuk menilai komitmen syarikat terhadap, atau pelaksanaan, amalan bertanggungjawab. Norma bertanggungjawab sosial berbeza mengikut wilayah. ESG, sementara komponen analisis pelaburan kami, hanyalah satu bahagian daripada penilaian keseluruhan dalam aktiviti membuat keputusan kami. Kriteria ESG mungkin memberikan kelebihan atau risiko tambahan dan tidak melindungi daripada risiko pasaran atau turun naik. Anda tidak seharusnya membuat sebarang andaian pelaburan hanya berdasarkan maklumat yang terkandung di sini. Tiada jaminan bahawa strategi dan teknik pelaburan yang bertanggungjawab secara sosial yang digunakan akan berjaya.