BANGKOK: Syarikat induk Thai AirAsia, Asia Aviation Public Company Ltd (AAV), mencatatkan kerugian bersih 2.098 bilion Baht (100 Baht = RM12.69) pada suku ketiga berakhir 30 September 2021, meningkat 23 peratus daripada 1.837 bilion Baht dalam tempoh yang sama tahun lepas disebabkan penggantungan operasinya berikutan kemuncak pandemik COVID-19 pada suku berkenaan.
Hasil bagi suku tersebut susut 81 peratus kepada 457.5 juta Baht berbanding suku ketiga 2020 dan jumlah penumpang pada suku itu merosot sebanyak 96 peratus kepada 79,767 penumpang berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
"Ini selaras dengan penurunan sebanyak 95 peratus bagi tempat duduk tersedianya mengikut kilometer (ASK) berbanding tempoh sama tahun lalu. Faktor muatan pada suku itu ialah 60 peratus dan syarikat penerbangan berkenaan mengakhiri suku itu dengan 60 pesawat," katanya dalam makluman kepada Bursa Saham Thailand (SET) pada Jumaat.
Ketua Pegawai Eksekutif Asia Aviation dan Thai AirAsia Santisuk Klongchaiya berkata, pandemik COVID-19 berada di kemuncaknya pada suku ketiga dengan gelombang ketiga di Thailand bermula pada April.
"Keadaan itu telah memberi kesan kepada keuntungan AAV tetapi syarikat menerima inovasi dan peluang daripada pengurusan modal untuk mencari sumber pendapatan baharu untuk kekal berdaya saing dan berdaya maju," katanya.
Beliau berkata AAV melancarkan makanan AirAsia di Bangkok pada Ogos sebagai sebahagian daripada tawaran baharu dalam Super App AirAsia, platform gaya hidup yang telah melonjakkan perniagaan kepada lebih daripada sebuah syarikat penerbangan dan memberikannya akses kepada pangkalan pelanggan yang lebih luas manakala perkhidmatan kargo juga terus dibangunkan dengan pengembangan rangkaian Teleport.
Melangkah ke hadapan, Santisuk berkata dengan keadaan yang semakin baik di Thailand dan negara-negara jiran di rantau ASEAN, Thai AirAsia sedang melihat tanda-tanda pemulihan yang sangat menggalakkan mulai suku keempat tahun ini dan seterusnya, mengambil petunjuk daripada tindak balas yang sangat positif dalam segmen perjalanan domestik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 13 2021
Ketua Pegawai Eksekutif Asia Aviation dan Thai AirAsia Santisuk Klongchaiya berkata, pandemik COVID-19 berada di kemuncaknya pada suku ketiga dengan gelombang ketiga di Thailand bermula pada April. - REUTERS/Athit Perawongmetha
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Thai AirAsia antara syarikat penerbangan tepat masa di dunia - Laporan OAG
Thai AirAsia adalah antara syarikat penerbangan paling tepat masa di dunia dengan penarafan prestasi tepat masa (OTP) sebanyak 92.33 peratus pada 2022, menurut statistik oleh OAG.
Operasi Thai AirAsia digantung sementara pada Ogos susulan larangan penerbangan domestik
Thailand mengambil langkah ketat dan mengenakan sekatan perjalanan bagi membendung penularan COVID-19 di negara itu.
Thai AirAsia pertimbang bergabung dengan syarikat penerbangan tambang rendah lain
Setiap bulan Thai AirAsia mengalami kerugian kira-kira 1.2 bilion baht semasa pelaksanaan perintah berkurung akibat COVID-19 apabila 60 pesawatnya terkandas di lapangan terbang.
Lapangan terbang Khon Kaen terbakar akibat litar pintas
Lapangan terbang Khon Kaen, pusat pengangkutan dan pintu masuk ke timur laut Thailand, menerima penerbangan dari Bangkok dan Chiang Mai, destinasi pelancongan terkenal di utara negara itu.