KUALA LUMPUR: Syarikat pemula (startup) di Malaysia berpotensi tinggi dan mampu bersaing di peringkat global dengan sokongan suntikan pelaburan menerusi strategi modal teroka (venture capital) oleh kerajaan.
Rakan Kongsi Umum ScaleUp Malaysia, Aaron Sarman berkata, perkara tersebut boleh dilihat apabila lebih banyak geran dan pelaburan yang dapat diberikan kepada kumpulan itu dalam langkah memacu pertumbuhan syarikat.
“Kita boleh lihat peranan penting Penjana Kapital dalam hal ini dan sebenarnya terdapat banyak syarikat pemula berpotensi di Malaysia… cabarannya hanya untuk ‘unlocking’ potensi mereka dan membantu dalam usaha mengembangkan perniagaan ke pasaran rantau dan antarabangsa.
“Bagaimanapun, saya merasakan negara kita tidak banyak melahirkan syarikat pemula dan perkara yang perlu menjadi fokus adalah memberi laluan untuk individu memulakan perniagaan selain daripada pendidikan serta modal ... dan kekurangan turut dihadapi ketika ini termasuk modal permulaan awal,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu bagi membincangkan perihal Bajet 2023 dalam program Notepad with Ibrahim Sani baru-baru ini.
Aaron turut menyatakan kebimbangan terhadap pasaran negara apabila pelabur tidak memandang Malaysia sebagai sebuah pasaran untuk mereka teroka sebaliknya lebih cenderung kepada potensi yang wujud di negara serantau lain seperti Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina termasuk Indonesia.
“Ini adalah sebuah kebimbangan yang besar apabila banyak firma venture capital tidak melihat pasaran Malaysia… isunya adalah mengapa mereka tidak memandang syarikat pemula tempatan mempunyai nilai yang baik.
“Apa yang kita boleh lihat disini adalah kerajaan melalui agensi seperti MRANTI dan Cradle boleh memainkan peranan penting dengan menyalurkan modal berisiko (risk capital) … inovasi serta idea dalam membangunkan generasi baharu pemula,” ujarnya.
Tambah beliau, senario ini tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia menjadi pasaran pertama dalam dunia yang memulakan inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1997 dan amat mengejutkan apabila negara tidak menjuarai hal ini.
MSC Malaysia merupakan inisiatif nasional yang direka bagi menarik syarikat teknologi bertaraf dunia selain membimbing industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tempatan. Ia selain menjadi ‘pintu masuk’ ke industri ICT di Malaysia dan rantau Asia.
Haikal Raman
Mon Oct 17 2022
Cabarannya hanya untuk unlocking potensi mereka dan membantu dalam usaha mengembangkan perniagaan ke pasaran rantau dan antarabangsa. - Gambar hiasan
Ali XPDC sesak nafas, Exco bantu hantar ke Hospital Serdang
Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Salak Tinggi, Sepang.
Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA
Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berikutan pembatalan penerbangan hari ini.
Rangka transformasi pendidikan tinggi demi kesihatan planet
Nickyson Nyambar membawakan perkembangan semasa Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024.
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.
Perkembangan upacara pengebumian Joseph Kurup
Bersama wartawan AWANI Borneo di Sabah, Hafiz Mustadi di talian bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Letusan Gunung Ruang: Penumpang menunggu dalam ketidakpastian di KIA
Tinjauan di lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mendapati penumpang me nunggu dalam ketidakpastian susulan pembatalan penerbangan yang berpunca letusan Gunung Berapi Ruang.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
Syarikat startup Malaysia berpotensi tinggi bersaing di peringkat global
Syarikat pemula (startup) di Malaysia berpotensi tinggi dan mampu bersaing di peringkat global dengan sokongan suntikan pelaburan.