KUALA LUMPUR: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) mengesa syarikat telekomunikasi tempatan untuk memanfaatkan peluang di sepanjang rantaian dalam pelaksanaan kemudahan 5G di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Md Silmi Abd Rahman berkata ini berikutan impak kewujudan ekosistem digital kepada Bumiputera yang amat besar dan merangkumi pembangunan kandungan dan aplikasi, penciptaan kekayaan melalui ekonomi digital, hab pengeluaran komponen 5G seperti kabel fiber, perisian dan sel kecil selain usaha penyelidikan dan pembangunan dengan institusi pendidikan tempatan.
"Golongan Bumiputera yang mempunyai kepakaran dan merit harus diberi ruang dan peluang agar tidak tercicir untuk bersama-sama menjulang pembangunan negara ke gerbang ekonomi masa depan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Teraju sebelum ini mengorak langkah di bawah fungsi intervensi strategiknya menerusi fasilitasi atau kemudahan bagi syarikat-syarikat Bumiputera untuk turut sama terlibat dalam pelaksanaan rangkaian 5G Nasional.
Sejajar dengan teknologi 5G sebagai pemangkin ekosistem ekonomi baharu serta masa depan, fasilitasi tersebut juga bertujuan menggalakkan Bumiputera melangkaui sempadan selain mempercepat pengukuhan digital dalam kalangan mereka untuk meningkatkan lagi daya saing.
Md Silmi turut menyifatkan sektor ekonomi digital sebagai berpotensi dalam menghasilkan lebihan operasi kasar bernilai RM338.78 bilion dengan 427,138 peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung menjelang 2030 sepertimana digariskan dalam Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030).
"Projek 5G Nasional adalah sebuah projek mega kerajaan yang bernilai hampir RM20 bilion dan berpotensi untuk berkembang (mencecah) sehingga RM50 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang," katanya.
Beliau berkata, bagi merealisasikan 60 peratus penglibatan Bumiputera di dalam projek 5G, Teraju mencadangkan agar dua struktur utama dalam Digital Nasional Bhd diwujudkan iaitu Unit Pembangunan syarikat Bumiputera dan Jawatankuasa Agenda Bumiputera dan Unit Bumiputera dalam Project Management Consultant (PMC).
Malah, katanya, Teraju melalui TPB2030 akan terus menerus memastikan penglibatan strategik Bumiputera di dalam pelaksanaan 5G.
"Ruang penerokaan yang lebih luas dalam sistem rantaian ekonomi baharu ini juga perlu diwujudkan untuk meningkatkan kapasiti Bumiputera agar mampu menyertai dalam aspek pemindahan teknologi selain bersaing dalam industri bertaraf global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 16 2022
Teraju melalui TPB2030 akan terus menerus memastikan penglibatan strategik Bumiputera di dalam pelaksanaan 5G.- Fail
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Beberapa pengumuman penting mengenai 5G akan diumum hujung April atau awal Mei - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beberapa pengumuman penting mengenai rangkaian 5G dijangka diumumkan pada hujung bulan ini atau awal Mei.
Saham Maxis dinaik taraf kepada 'beli' - Penganalisis
Kebimbangan mengenai penglibatan Maxis Bhd dalam pelancaran rangkaian 5G mungkin diperbesar-besarkan, kata CIMB Securities.
Kenanga IB menjangkakan dasaar dwirangkaian 5G diumum pada suku kedua
Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan kerajaan akan mengumumkan arahan dasar dwirangkaian 5G pada suku kedua (S2) tahun ini.
Malaysia terus menerajui prestasi rangkaian 5G di Asia Tenggara - Ookla
Malaysia terus mendahului di Asia Tenggara dari segi prestasi rangkaian 5G, dengan kelajuan muat turun median 5G negara berada pada paras 451.79 megabait sesaat (Mbps).
5G tingkatkan rawatan, keupayaan pembelajaran di hospital - Fahmi
Idea untuk memiliki hospital yang dilengkapi kemudahan rangkaian bersepadu 5G dan teknologi barunya, adalah aspek yang boleh dimanfaatkan Malaysia.
Kadar penggunaan 5G cecah 29.9 peratus, negara di landasan tepat - Fahmi
Peningkatan kadar berkenaan adalah signifikan, berbanding hanya 12.5 peratus penggunaan pada November tahun lalu.
Capaian rangkaian 5G di Selangor melebihi 95 peratus - Fahmi
Capaian perkhidmatan rangkaian 5G di Selangor telah mencapai 95.9 peratus sehingga Disember lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Pelaksanaan 5G capai sasaran 80 peratus CoPA - Fahmi
Fahmi juga memaklumkan MAMPU, MDEC, Digital Nasional Bhd dan Cybersecurity Malaysia diletakkan di bawah Kementerian Digital.
Isu DNB masih belum diputuskan – Fahmi Fadzil
Status terkini berhubung pelaksanaan rangkaian 5G belum diperoleh dan perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.