KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kembali mencatat keuntungan dengan keuntungan bersih sebanyak RM48.6 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021 (tahun kewangan 2021) berbanding kerugian bersih sebanyak RM21.0 bilion pada tahun sebelumnya.
Menurut syarikat minyak nasional itu, pendapatan lebih tinggi dicatatkan pada tahun tersebut berikutan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang lebih baik serta kerugian susut nilai yang rendah pada tahun kewangan 2021 susulan harga minyak pada aliran meningkat tetapi sebahagiannya diimbangi oleh cukai yang lebih tinggi.
Petronas mencatatkan perolehan sebanyak RM248.0 bilion pada tahun kewangan 2021 berbanding RM178.74 bilion pada tahun sebelumnya terutamanya berikutan impak harga yang menggalakkan untuk produk utama sejajar dengan purata harga realisasi yang lebih tinggi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata Petronas kekal berdaya tahan selepas dua tahun menghadapi gangguan melampau terhadap ekosistem tenaga, menempatkan kumpulan pada kedudukan lebih baik untuk memanfaatkan pemulihan pasaran.
“Dengan pelancaran entiti baharu kami pada pertengahan 2022 dan penubuhan Unit Pengurusan Karbon kami, Petronas dijangka akan berkembang menjadi superstore tenaga yang akan menyediakan pelanggan dengan rangkaian tenaga dan penyelesaian yang menggerakkan perniagaan dan memacu kemajuan melalui kaedah yang adil dan mampan,” katanya pada sidang media untuk mengumumkan keputusan kewangan suku keempat dan tahun kewangan 2021 Petronas di sini hari ini.
Pada tahun kewangan 2021, Petronas berkata EBITDA meningkat kepada RM100.5 bilion, terutamanya berikutan perolehan yang lebih tinggi, tetapi sebahagiannya diimbangi oleh kenaikan kos produk.
Sehubungan itu, aliran tunai daripada aktiviti operasi (CFFO) meningkat kepada RM78.6 bilion.
Jumlah aset naik kepada RM635.0 bilion sehingga 31 Dis, 2021 berbanding RM574.1 bilion pada tahun sebelumnya, disumbangkan terutamanya oleh pelaburan tunai dan dana yang lebih tinggi serta belum terima yang tinggi.
Perbelanjaan modal pada tahun tersebut sebanyak RM30.5 bilion, terutamanya berikutan projek huluan.
Ekuiti pemegang saham meningkat kepada RM350.9 bilion sehingga 31 Dis, 2021 daripada RM330.6 bilion pada tahun sebelumnya, terutamanya berikutan keuntungan yang dicatatkan pada tahun kewangan 2021.
Sementara itu, Petronas berkata ia telah menganugerahkan enam daripada 13 blok penerokaan luar pesisir yang ditawarkan di bawah Pusingan Bidaan Malaysia 2021.
Katanya bahagian huluan mencatatkan jumlah purata pengeluaran harian sebanyak 2.28 juta tong minyak bersamaan sehari pada 2021, meningkat tiga peratus daripada 2020, terutamanya berikutan pengeluaran minyak mentah yang lebih tinggi daripada operasi antarabangsa dan pengeluaran gas asli yang tinggi.
Mengenai masa depan, Petronas berkata kumpulan akan memberi tumpuan kepada melaksanakan pelan pertumbuhan dan usaha kemampanannya dalam persekitaran pasaran tidak menentu dan risiko geopolitik yang meningkat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022
Petronas mencatatkan perolehan sebanyak RM248.0 bilion pada tahun kewangan 2021 berbanding RM178.75 bilion pada tahun sebelumnya terutamanya berikutan impak harga yang menggalakkan. - fotoBERNAMA
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.
Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak - Pejabat Premier
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad.