KUALA LUMPUR: Thailand menyasarkan untuk mencapai nilai perdagangan AS$30 bilion (AS$1 = RM4.38) dengan Malaysia menjelang 2025, kata dutanya hari ini.
Chainarong Keratiyutwong berkata Malaysia telah menjadi rakan terbesar Thailand dalam kalangan negara-negara ASEAN dengan jumlah perdagangan bernilai AS$24.08 bilion yang dicapai pada tahun lepas, lebih besar berbanding angka sebelum pandemik.
Katanya Malaysia antara penyumbang utama kepada industri pelancongannya dengan 4 juta ketibaan rakyat Malaysia menjadi kumpulan pelancong kedua terbesar dari segi ketibaan pada 2019 dan antara 10 ketibaan teratas sejak ia membuka semula sempadannya dan memulakan semula aktiviti pelancongannya.
"Walaupun menghadapi cabaran akibat pandemik COVID-19 sejak dua tahun lepas, hubungan diplomatik dua hala, ekonomi, sosial dan rakyat kepada rakyat tetap amat mesra, kukuh dan jelas.
"Ini membuktikan bahawa Thailand dan Malaysia serta negara-negara ASEAN lain bergerak ke hadapan bersama-sama untuk menghadapi masalah ekonomi semasa dan inflasi," katanya dalam ucapan pada majlis perasmian festival 'Think Thailand' di Tropicana Gardens Mall di sini hari ini.
Mengenai festival itu, Chainarong berkata ia menampilkan lebih 30 gerai pameran oleh perniagaan Thailand sebagai inisiatif untuk menyokong peniaga dari kedua-dua negara dan meluaskan produk Thailand yang berkualiti ke Malaysia.
"Saya yakin usaha kita pada hari ini untuk mengukuhkan lagi hubungan ekonomi antara kedua-dua negara akan menyumbang dan membolehkan kita mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak US$30 bilion menjelang 2025 dan merapatkan rakyat kita sekali lagi," katanya.
Sementara itu, Menteri Kaunselor dan Pengarah Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa Thailand Worawan Wanwil berkata acara itu akan turut menampilkan lebih 30 pengeksport Thailand yang mempamerkan produk Thailand yang baharu dan sedia ada yang terdiri daripada makanan dan minuman hingga perkhidmatan seperti urutan Thailand yang terkenal.
Katanya beberapa promosi dalam kedai oleh rangkaian seperti Aeon, Segi Fresh dan NSK di Kuala Lumpur dan Selangor akan turut dijalankan sepanjang festival selama 12 hari itu.
Selain itu, padanan perniagaan kepada perniagaan telah diatur dengan lebih 50 pengeksport Thailand yang layak yang berjaya mendapat 63 padanan dengan jangkaan nilai perdagangan sebanyak RM30 juta setakat ini pada tahun ini.
"Apa yang boleh saya katakan ialah Think Thailand adalah lebih daripada sekadar pameran. Ia merupakan usaha operasi dan kerjasama sepenuhnya untuk mempamerkan produk, makanan dan perkhidmatan Thailand baharu kami dan yang sedia ada.
"Saya tahu kebanyakan rakyat Malaysia mengetahui mengenai orang Thailand dan budaya mereka dengan baik. Saya juga pasti rakyat Malaysia rindukan Thailand, justeru, kami membawa Thailand kepada anda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022
Chainarong Keratiyutwong (tiga, kanan) berkata Malaysia telah menjadi rakan terbesar Thailand dalam kalangan negara-negara ASEAN dengan jumlah perdagangan bernilai AS$24.08 bilion yang dicapai pada tahun lepas. - Foto BERNAMA
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.
Dr Abass Alavi dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Puteri Chulabhorn
Dr Alavi, saintis dan pakar perubatan di Amerika Syarikat, merupakan seorang pakar dalam bidang pengimejan molekul.
Imam tarawih dari Thailand jadi rebutan, dibayar lima angka
Sobri dimaklumkan ada pelajar-pelajar tahfiz dan pondok di sini menerima bayaran lumayan sehingga mencecah lima angka.
Kejohanan Boling Padang Asia 2024: Malaysia takluk Asia buat kali ke-13!
Malaysia bangkit untuk merangkul dua lagi emas pada hari terakhir saingan Kejohanan Asia kali ini yang diadakan di Pattaya, Thailand.