Tidak perlu bimbang berbelanja, Lotus's jaga kebajikan poket anda!

Haikal Raman
Julai 1, 2022 02:30 MYT
Kempen #imbasbalikharga2019 kini kembali berlangsung sehingga 2 Oktober ini dengan menawarkan harga pada kadar menarik kepada para pengguna Lotus's.
KUALA LUMPUR: TENTUNYA ramai daripada kita sedang berkeluh-kesah memikirkan kos sara hidup yang semakin meningkat akibat kadar inflasi ketika ini, sekali gus menjejaskan ‘poket’ perbelanjaan bulanan.
Peningkatan harga barangan turut memberi kesan langsung terhadap kuasa beli individu selain turut menjejaskan pengambilan nutrisi (nutrition intake) dalam jaminan kesihatan yang baik.
Worry not!, Lotus’s yang menjadi destinasi pilihan beli-belah keluarga kembali menawarkan harga rendah setiap hari menerusi kempen #imbasbalikharga2019 yang kini berlangsung sehingga 2 Oktober di seluruh rangkaian Lotus’s di seluruh negara.
Menerusi kempen ini, pengguna boleh menikmati lebih daripada 500 produk dengan harga rendah setiap hari sama seperti waktu tempoh sebelum penularan pandemik COVID-19 tahun 2019.
Lotus’s #imbasbalikharga2019 kembali selepas mendapat sambutan yang baik dan impak positif daripada kempen sebelum ini, selain prihatin terhadap beban inflasi semasa terpaksa ditanggung rakyat.
Keceriaan suri rumah, barangan keperluan pada harga rendah!
Sebagai individu yang menjaga urusan perbelanjaan keluarga, para suri rumah kini boleh menarik nafas lega kerana perbelanjaan keperluan barangan rumah kini boleh dimiliki pada harga yang rendah… hanya di Lotus’s!
Ia termasuk pelbagai item yang sering digunakan oleh para ibu dalam menjalankan urusan keluarga di rumah termasuk bahan pencuci pakaian, bahan pencuci bilik air, pencuci pinggan mangkuk dan sebagainya.
Sebagai seorang suami yang prihatin, kegembiraan isteri perlu sentiasa menjadi keutamaan tambahan pula mereka turut menyediakan sajian kepada keluarga.
Mudahkan urusan dapur orang yang tersayang!
Ukirkan sedikit kegembiraan dengan menyediakan keperluan dapur yang memberi kemudahan dan dapat dimanfaatkan dalam meringankan beban isteri selain menjimatkan masa mereka ketika menyiapkan sajian.
Di Lotus’s, pelbagai tawaran keperluan dapur pada harga diskaun yang menarik termasuk sos masakan, perencah masakan, penambah rasa bagi melancarkan urusan harian di dapur.
Si manja ceria, keluarga pun bahagia!
Di Lotus’s, kami memahami keperluan si comel kadang kala sedikit mahal namun penjagaan mereka tidak boleh dikompromi daripada segi kualiti dan sensitiviti bahan di dalam produk digunakan.
Terdapat pelbagai rangkaian produk popular si manja ditawarkan di Lotus’s pada harga terbaik dan meringankan ‘beban’ perbelanjaan harian para ibu bapa.
Kami juga memahami, kesan inflasi turut menjejaskan harga bagi barangan-barangan bayi namun tidak di Lotus’s, kami kekal pada kadar terbaik dan ‘mesra poket’ anda!
Akses makanan lebih mudah – makanan sejuk beku dan dalam tin
Kami percaya, ibu bapa muda diluar sana yang sibuk dengan urusan di pejabat dan rumah mesti struggle untuk menguruskan masa termasuk penyediaan juadah keluarga.
Jangan bimbang makanan dalam tin dan sejuk beku disediakan di Lotus’s pastinya dapat menyediakan sajian dalam tempoh yang singkat. Keperluan nutrisi dalam ikan tuna turut dapat memberi khasiat kepada keluarga anda.
Kekal segar dan produktif di pejabat!
Peralihan negara ke fasa endemik kini mengubah trend untuk kembali semula bekerja di pejabat, namun diingatkan untuk terus menjaga SOP ditetapkan bagi mengelakkan penularan dan gelombang baharu.
Sebelum ke pejabat, nikmati secawan susu segar untuk pengambilan nutrisi berkhasiat.
Meskipun ramai daripada kita sibuk ketika bekerja, jangan lupa untuk ‘take 5’ untuk membekalkan semula tenaga bagi hari yang lebih produktif.
Ambil secawan kopi susu sambil menikmati biskut-biskut dan pelbagai snek kegemaran anda di Lotus’s yang ditawarkan pada harga rendah!
Di Lotus’s, terdapat pelbagai pilihan biskut, bijirin berkhasiat yang sesuai untuk dimakan dengan ekspres semasa kerja di pejabat.
Manfaat baik kepada ahli My Lotus’s, jika anda membeli-belah secara online… anda boleh mengumpul mata ganjaran bagi setiap barangan yang dibeli!
Berbelanja barangan di Lotus’s secara online!
Tiada masa untuk keluar membeli barang? Jom kita buat pembelian secara atas talian di platform tersedia Lotus’s!
Lotus’s merupakan peruncit multirangkaian terbesar dengan pelbagai kaedah pembelian yang boleh pelanggan pilih termasuk menerusi platform e-dagang Lazada, Shopee, Happy Fresh, Grab Mart serta Food Panda.
Jenama peruncit tersebut turut mempunyai platform online sendiri bagi memudahkan pengguna serta rangkaian Whatsapp beli-belah untuk penghantaran atau mengambilnya sendiri di stor Lotus’s.
Murah dan jimat! Jangan berlengah untuk nikmati penjimatan terbaik #imbasbalikharga2019 2.0 di semua rangkaian Lotus’s di seluruh Malaysia!.
Dapatkan katalog Lotus’s di sini.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
#Lotus's #ImbasBalikHarga2019 #JimatPoketPengguna #TawaranHargaRendah