TITIJAYA Land Berhad dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk membangunkan Medi-Tech City yang akan meliputi kawasan seluas 230 ekar tanah di Batu Kawan, Pulau Pinang. Malaysia.
Nilai pembangunan kasar (GDV) bagi projek ini dianggarkan berjumlah RM9.9 billion dan dijangka siap dalam tempoh 10 tahun.
Perjanjian MoU ini telah ditandatangani oleh Lim Poh Yit, Pengarah Urusan Kumpulan Titijaya dan Aziz Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif dan disaksikan oleh Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak, Gabenor Pulau Pinang, Mohammad Azhar Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PDC, Datuk Faizal Abdullah, Pengarah Eksekutif Titijaya dan Datuk Seri Mohamed Azahari Kamil, Penasihat Korporat Titijaya.
Medi-Tech City telah diperuntukkan sebagai bandar perubatan dan hab perniagaan yang bersepadu, lestari dan berteknologi tinggi di Pulau Pinang dan terdapat lebih daripada 300 syarikat antarabangsa (MNC) yang juga telah sedia beroperasi di dalam kawasan ini.
Ianya juga adalah sebuah projek pembangunan yang mematuhi Responsible Business Alliance (RBA) dan Environmental, Social and Corporate Governance (ESG).
Setelah siap, Medi-Tech City akan menjadi hab perubatan yang menawarkan eco-tourism dan perkhidmatan bisnes global lengkap dengan pelbagai fasiliti termasuk hospital, kampus perubatan, hab pembekalan perubatan, suit korporat, pusat pemulihan, retirement village, hotel, pusat kesihatan, pusat sukan, sektor elektrik dan elektronik, hab logistik dan pengedaran.
Selain daripada projek ini, Titijaya juga mempunyai pembangunan “built-to-suit” di Bayan Lepas, Pulau Pinang yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang bakal memberikan sokongan logistik kepada projek Medi-Tech City yang juga menyasarkan permintaan yang tinggi daripada pelbagai sektor di dalam kawasan Bayan Lepas.
“Peluang bekerjasama dengan PDC adalah satu penghormatan kepada Titijaya memandangkan PDC adalah agensi utama kepada pembangunan di Pulau Pinang sejak 1969 dan kami rasa bangga kerana telah diberi kepercayaan untuk bersama membangunkan tanah ini. Kami menjangkakan projek yang bakal menarik pelaburan antarabangsa ini akan turut menyokong visi PDC untuk mencapai status bandar antarabangsa untuk Pulau Pinang ,” kata Lim Poh Yit.
Menurut Aziz, perjanjian persefahaman ini adalah selari dengan amalan PDC bekerja seiring dengan sektor swasta dalam merealisasikan visi menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang kondusif untuk pembangunan sosio-ekonomi yang lestari di samping menarik lebih pelaburan asing ke Pulau Pinang.
“PDC yakin kerjasama di dalam pembangunan Medi-Tech City ini akan berjaya kerana Titijaya mempunyai pengalaman luas bekerjasama dengan pelabur asing dan ini akan memberi manfaat yang besar kepada pembangunan negeri Pulau Pinang secara amnya,” kata Aziz.
Sebelum ini, Titijaya turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan sebuah syarikat China, Sinopharm Medical Equipment Quan Zhou Co Ltd pada April 2020 bagi penjualan peralatan perubatan dan hartanah di Malaysia.
Pembangunan Medi-Tech City di sekitar lokasi strategik yang mempunyai kelengkapan infrastruktur akan mengukuhkan lagi sumbangan Titijaya kepada industri perubatan di Malaysia selain membuka lebih peluang pelaburan asing ke dalam negara.
Media Statement
Tue Jan 18 2022
Dari kiri Faizal Abdullah, Lim Poh Yit, Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak, Mohammad Azhar Hamdan dan Aziz Bakar. - Sumber foto Titijaya Land Berhad
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Kini, nampaknya Meta mula mengorak langkah bukan sahaja melalui OS
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
PELAKON Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Titijaya Land Berhad, PDC bakal bangunkan Medi-Tech City di Batu Kawan
Titijaya Land Berhad dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah menandatangani MoU untuk membangunkan Medi-Tech City yang akan meliputi kawasan seluas 230 ekar tanah di Batu Kawan, Pulau Pinang.