Syarikat auto gergasi Jepun, Toyota memaklumkan akan menarik balik lebih 1.3 juta kenderaan di Kanada, Jepun, Mexico dan Amerika Syarikat disebabkan masalah beg udara.

Toyota dilaporkan akan menggantikan bahagian-bahagian yang digunakan dalam 907,000 model hatchback, Voltz di Jepun dan Corolla serta Corolla Matrix di luar negara yang dihasilkan antara tahun 2001 dan 2004, kata seorang jurucakap syarikat.

“Unit kawalan beg udara kenderaan boleh merosakkan akibat hingar lektrik kecil, dan beg udara boleh terbuka dengan salah dalam situasi tertentu," kata jurucakap itu.

Sekurang-kurangnya 47 kes kerosakan telah dilaporkan, terutamanya di Amerika Syarikat.

"Dua daripada kes tersebut boleh dikaitkan dengan kemalangan namun tiada laporan berhubung kematian," kata jurucakap itu lagi.

Tambah beliau Toyota akan menukar bahagian yang bermasalah di bawah garis panduannya di setiap negara.