ISTANBUL: Turkiye merupakan antara negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang disenarai sebagai 20 pengeksport ekonomi halal terbaik dunia, menurut laporan yang dikeluarkan oleh pertubuhan antara kerajaan itu pada Selasa.
Indonesia dan Malaysia adalah dua lagi negara anggota yang turut tersenarai dalam kategori ini, menurut Laporan Tahunan Ekonomi Halal OIC 2022.
Laporan itu dilancarkan di Istanbul di luar mesyuarat ke-38 Jawatankuasa Tetap Kerjasama Ekonomi dan Komersial (COMCEC) yang berlangsung selama empat hari, lapor Agensi Anadolu.
Bagaimanapun, laporan oleh Pusat Pembangunan Perdagangan Islam (ICDT) itu memaklumkan, anggota OIC merekodkan defisit perdagangan sebanyak AS$63 bilion bagi produk halal tahun lepas.
Eksport itu meliputi makanan, fesyen, farmaseutikal dan kosmetik, dengan eksport menyamai AS$275 bilion dan import berjumlah AS$338 bilion, menurut laporan itu.
"Hanya 18 peratus daripada import ini diperoleh daripada intra-OIC, manakala hanya tiga negara OIC (Turkiye, Indonesia dan Malaysia) berjaya tersenarai 20 pengeksport produk ekonomi halal," menurut laporan itu, yang disediakan oleh penyelidikan pasaran yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan firma penasihat DinarStandard.
Ketua Pengarah ICDT Latifa el Bouabdellaoui berkata laporan itu bertujuan untuk "memberi inspirasi dan memperkasakan negara-negara OIC untuk bertindak secara kohesif, menggalakkan pertumbuhan inklusif dan meningkatkan syer OIC dalam ekosistem perdagangan dan pelaburan halal berasaskan integriti dan tujuan."
Laporan itu mendedahkan anggota OIC mengeksport produk pakaian dan kasut berjumlah AS$101.94 bilion tahun lepas, manakala blok Islam itu mengimport sebahagian besar makanan, farmaseutikal dan kosmetik.
Turkiye termasuk Arab Saudi dan Indonesia, adalah antara tiga pasaran teratas dalam sektor pendidikan tinggi Islam, serta menurut laporan itu "penting untuk mendidik industri dan pemain rantaian bekalan halal."
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022
Turkiye merupakan antara negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang disenarai sebagai 20 pengeksport ekonomi halal terbaik dunia. - Gambar hiasan/Dagang News
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Turkiye, Indonesia, Malaysia antara 20 pengeksport ekonomi halal terbaik
Turkiye merupakan antara negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang disenarai sebagai 20 pengeksport ekonomi halal terbaik dunia.