KUCHING: Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan kini mampu mempertingkat dan mempercepatkan transformasi digital perniagaan mereka menerusi unifi eCommerce Hub.
Sistem atas talian itu antaranya mengintegrasikan pelbagai kemudahan perkhidmatan, penyelarasan automatik, penyimpanan awan, dan transaksi e-dagang ke dalam satu sistem berpusat.
Ketua Perniagaan Sederhana PMKS, unifi Business, Maznan Deraman berkata usahawan PMKS yang berdaftar akan menerima latihan secara percuma untuk memaksimumkan sumber perniagaan mereka melalui jaringan digital dengan perlindungan ancaman siber.
“Kebanyakan PMKS ini dia beroperasi mungkin seorang dua, merekalah yang buat produk dan juga yang menguruskan platform jualan mereka di pasaran atas talian termasuk mengemas kini maklumat, jadi dengan penggunaan eCommerce Hub ini, kesemua platform platform jualan mereka boleh diintegrasikan ke satu platform yang utama.
“Selain daripada itu kita turut menyediakan beberapa penyelesaian antaranya keselamatan siber untuk melindungi peranti yang digunakan usahawan PMKS ini untuk perniagaan atas talian selain pakej pemasaran digital dengan keseluruhan solusi perniagaan yang dikongsikan bersama pakar-pakar perniagaan.
“Jadi, program Jom Bisnes ini kita lihat bukan sahaja dari segi perkongsian maklumat tetapi praktikal, solusi di mana mereka boleh terus mengadaptasikannya dalam perniagaan,” katanya semasa sesi Jelajah Jom Bisnes bersama usahawan PMKS Sarawak serta rakan strategik di Kuching pada Rabu 12hb Oktober yang lalu.
Program Jelajah Jom Bisnes: Jadilah Usahawan Digital Berjaya ini akan berlangsung di 12 kawasan di seluruh negara dengan objektif untuk memperkasakan perniagaan usahawan PMKS melalui pengenalan pelan tertentu, dan dalam masa yang sama membantu melebarkan sayap perniagaan usahawan tempatan dengan lebih luas.
Jelas Maznan, sebagai tulang belakang ekonomi negara, unifi eCommerce Hub akan mempersiapkan usahawan PMKS mekanisme penyelesaian perniagaan yang lebih efisien serta berbaloi untuk kelangsungan perniagaan dalam tempoh jangka panjang.
“Kalau kita lihat pasaran dan juga cabaran yang kita lihat daripada luar negara juga mengambil peluang-peluang ini dan PMKS di Malaysia juga harus cepat dan segera untuk memperkasakan perniagaan supaya ia seiring dengan transformasi digital yang berlaku di luar sana.
“Kita cuba untuk bekerjasama dengan agensi-agensi dan rakan strategik yang lain dan menggunakan pengetahuan pihak unifi dalam bidang digital membantu PMKS yang banyak memberi peluang pekerjaan kepada rakyat di luar sana,” ujarnya lanjut.
Untuk rekod, lebih 400,000 daripada sekitar 1.5 juta usahawan PMKS di seluruh negara telah melanggan perkhidmatan internet pelbagai pakej unifi dengan khidmat bantuan 600 pegawai terlatih khasnya untuk membantu PMKS mengadaptasi ekonomi digital.
Unifi eCommerce Hub turut menawarkan pelbagai pelan serendah RM49 sebulan dengan servis pengagihan berpusat, pembinaan laman web, pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem jualan berpusat.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Astro Awani
Fri Oct 14 2022
Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan kini mampu mempertingkat dan mempercepatkan transformasi digital perniagaan mereka menerusi unifi eCommerce Hub.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
unifi eCommerce Hub transformasi digital lebih efektif usahawan PMKS
Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan kini mampu mempertingkat dan mempercepatkan transformasi digital perniagaan mereka menerusi unifi eCommerce Hub.