KUALA LUMPUR:Pasaran saham tempatan dijangka memasuki minggu pertama dagangan 2021 bermula hari ini secara berhati-hati dengan pelabur mencari pemangkin pasaran baharu.

Penganalisis pasaran kanan Oanda Jeffrey Halley berkata trajektori kes COVID-19 di Malaysia terus menjejaskan sentimen Bursa Malaysia.

Tambahnya kenaikan akan dihadkan pada 1,660 dengan FBM KLCI berpotensi merosot kepada 1,620.

"Paras 1,700 lebih cenderung diuji pada separuh kedua bulan ini," jelas Oanda.

Pada tahap tersebut tambahnya, pembeli akan mencari saham dengan nilai rendah bagi mengurangkan kejatuhan indeks utama.

Tambahnya faktor utama memacu pasaran minggu ini ialah Pilihan Raya Senat Georgia pada Rabu.

"Faktor utama yang memacu pasaran minggu (ini) ialah pilihan raya Senat Georgia di AS pada Rabu. Jika Republikan AS memegang Georgia, pasaran ekuiti akan meningkat, turut menaikkan Bursa Malaysia," katanya lagi.

Kemenangan mengejut oleh Demokrat diunjur akan menyebabkan kemerosotan ekuiti di seluruh dunia.

Bagaimanapun beliau menjangka impaknya sementara dan untuk kenaikan ekuiti Malaysia kembali kukuh, situasi COVID-19 di peringkat tempatan harus terkawal.

Tegasnya sekatan pergerakan dalam skala besar akan menjejaskan peningkatan.

Dagangan Bursa Malaysia dalam jajaran kecil pada minggu baru berakhir, didorong aktiviti memper-elokkan akaun pada akhir tahun.