KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak hanya melaksanakan penyelesaian jangka pendek ketika menguruskan kesan pandemik COVID-19, sebaliknya tekad memastikan sebarang penyelesaian jangka pendek turut sama memberi impak jangka panjang, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Dengan mengambil contoh industri gig ekonomi, beliau menjelaskan ramai pekerja sektor informal terkesan akibat penutupan ekonomi, bagaimanapun bantuan jangka pendek yang dihulurkan turut mengambil kira kesan jangka panjang.
“Apabila ekonomi ditutup, mereka (pekerja gig) kehilangan pekerjaan dan ini memberikan kesan kepada pekerja tidak formal.
“Jadi kami berikan bantuan tunai dan pada masa sama kami tabungkan sebahagian dalam dana persaraan dan agensi perlindungan sosial dan ia dipadankan oleh syarikat penyedia perkhidmatan gig. Ini diharap memberi kefahaman kepada mereka bahawa ia sesuatu yang perlu dilakukan pada jangka panjang,” jelas Tengku Zafrul ketika menjadi panel dalam salah satu sesi di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022.
Jelas ahli Dewan Negara itu juga penyelesaikan jangka panjang adalah mengenai pembaharuan.
Tengku Zafrul turut menyentuh soal pemulihan ekonomi pasca pandemik COVID-19, di mana beliau mengingatkan bahawa pemulihan adalah berbeza-beza dari sesebuah negara ke negara yang lain.
Malah proses pemulihannya juga sangat bergantung kepada keupayaan sesebuah kerajaan untuk menguruskannya.
Oleh itu, beliau menyatakan sangat penting untuk ekonomi maju membantu untuk membangunkan kapasiti negara-negara yang masih bergelut dalam fasa pemulihan.
Astro Awani
Wed May 25 2022
TENGKU ZAFRUL: Apabila ekonomi ditutup, mereka (pekerja gig) kehilangan pekerjaan dan ini memberikan kesan kepada pekerja tidak formal.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
TikTok perkenal pusat pilihan raya bagi tangani info palsu
TikTok merancang untuk melancarkan pusat pilihan raya dalam talian di platform itu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong integriti pilihan raya sepanjang 2024.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat 27 Mac susulan cuaca panas.
Puluhan wau 'warnai' langit malam Kampung Panchor
Cuaca panas yang melanda Kedah sejak kebelakangan ini dilihat sedikit sebanyak merubah rutin seharian penduduk setempat. Di Kampung Panchor, Pendang, sekumpulan anak muda telah memulakan satu aktiviti yang jarang dilihat di kawasan lain iaitu bermain wau pada waktu malam.
Dua jasad dari enam mangsa hilang ditemukan
Dua jasad daripada enam pekerja pembinaan yang hilang dalam insiden jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat telah ditemukan pada Khamis.
6 kereta, tiga rumah terjejas dalam kejadian pokok tumbang di KL
Hujan lebat di sekitar kawasan Kuala Lumpur pada petang Khamis menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghempap kenderaan orang awam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza dilancar
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, iaitu antara inisiatif kerajaan Selangor bagi membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Tol percuma pada 8 dan 9 April sempena Aidilfitri - Nanta
Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari pada 8 dan 9 April kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan kelas 1 (persendirian) yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri tahun ini.
WEF24: Guterres gesa langkah segera atasi ancaman perubahan iklim, AI
Dunia tidak mempunyai strategi jelas untuk berdepan dengan ancaman yang dicetuskan oleh perubahan iklim dan kemajuan mendadak AI.
Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO
Persediaan adalah soal bila pandemik akan datang tiba dan bukannya soal jika wujud pandemik seterusnya.
Ekonomi perlu melangkaui KDNK, bukan hanya kejar angka - Laporan WEF
Kelembapan ekonomi dunia dijangka jatuh ke kadar terendah dalam tiga dekad menjelang 2030.
WEF24: Malaysia sertai pakatan peralihan tenaga bersih negara membangun
Negara anggota akan turut berkongsi amalan terbaik untuk menarik kemasukan modal dalam teknologi baharu yang lebih mampan.
Pembangunan AI berdepan realiti kekurangan sumber bahan mentah - WEF
Kemajuan dalam pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) berdepan dengan cabaran untuk mencipta model yang lebih berkuasa.
Krisis iklim mungkin menyebabkan 14.5 juta kematian menjelang 2050
Perubahan iklim juga bakal membuatkan kerugian ekonomi sebanyak AS$12.5 tirilion.
WEF24: Eropah digesa main peranan lebih besar
Dengan kehadiran pasukan Eropah membina hospital dan merawat pesakit di Gaza, Israel tidak ada alasan mengatakan ia adalah kubu tentera.
Perubahan iklim sebabkan kematian jutaan penduduk menjelang 2050 - Laporan WEF
Menurut laporan bersama oleh WEF yang diadakan di Davos minggu ini dan firma perunding Oliver Wyman, risiko terbesar adalah disebabkan banjir.
Isu SDG perlu dilihat dari lensa kesihatan planet - Penganalisis
Pelaksanaan semua inisiatif di bawah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) perlu dilihat dari lensa kesihatan planet.
PM Thailand hadir ke WEF untuk promosi Thailand
Ini menjadikan Srettha perdana menteri Thailand pertama yang menghadiri acara berkenaan dalam tempoh 12 tahun.