KUALA LUMPUR: YTL Communications Sdn Bhd melalui perkhidmatan telekomunikasi Yes, melancarkan pelan hebat Yes ‘5G for All' yang menawarkan kelajuan internet sehingga lebih 665MBPS dengan harga bermula serendah RM58 sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee berkata pelan itu menjadi pelan termurah dan terpantas di pasaran sekali gus sebagai langkah pertama memacu pembangunan 5G di Malaysia.

Jelasnya lagi, pelanggan juga boleh mendapatkan pelan khas mudah alih Yes 5G yang dikenali sebagai Infinite itu bermula sekarang.

“Selain itu, pelan ini menawarkan data tanpa had, panggilan telefon tanpa had serta penggunaan data yang tidak dihadkan oleh Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy, FUP) dengan harga serendah RM58 sebulan ,"katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui pada Sidang Media Pelancaran pelan 5G Infinite pada Khamis.

Pelanggan juga boleh memilih empat pelan yang dibahagikan mengikut harga dan kuota data hotspot iaitu pelan basic berharga RM58 sebulan dengan 10GB peruntukan hotspot dan pelan Standard dengan kuota 40GB berharga RM88.

Manakala, pelan premium pula berharga RM118 sebulan dengan kuota 70GB dan pelan Ultra menawarkan peruntukan hotspot 100GB dengan harga RM178 sebulan.

Selain itu, Yes turut menawarkan telefon pintar 5G percuma bersama kontrak 36 bulan bersama pelan Yes Infinite+ yang akan dibuka mulai 9 Jun depan.

Tidak ketinggalan,Yes turut mengadakan program tukar telefon 4G kepada tunai dengan hanya bawa peranti anda ke Yes Store terpilih berhampiran anda untuk diperiksa, dan wang tersebut akan dikreditkan ke dalam dompet aplikasi MyYes.

Di samping itu, orang ramai juga boleh mendaftar pelan Infinite yang telah pun tersedia pada hari ini manakala pra-pendaftaran buat pelan Infinite+ berserta telefon 5G percuma pula akan dibuka bermula dari 26 Mei hingga 8 Jun menerusi laman web Yes, www.yes.my dan di semua cawangan Yes, Oppo, Samsung, Vivo, Xiaomi termasuk di semua rakan kongsi yang mengambil bahagian bermula 9 Jun ini.

* Artikel ini merupakan kandungan berbayar