KUALA LUMPUR: Syarikat penyedia insurans dan takaful, Zurich Malaysia (Zurich) terus komited dalam membantu rakyat Malaysia merancang dan melindungi diri mereka daripada sebarang risiko.

Ketua Zurich Malaysia, Junior Cho berkata, Zurich menawarkan pilihan pelan-pelan insurans hayat dan takaful keluarga yang sesuai dengan pelbagai peringkat kehidupan.

Beliau menambah, tidak hanya itu, syarikat turut menyediakan perlindungan terhadap barangan seperti kereta dan rumah serta barangan di dalamnya seperti perabot, perkakasan juga potret keluarga yang sangat berharga.

Zurich #IAmMore | Komited bina masa depan lebih cerah & mampan

“Fokus kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia menikmati dan memiliki kehidupan lebih baik. Pemilik perniagaan juga boleh menumpukan sepenuhnya dalam menguruskan perniagaan mereka tanpa perlu lagi bimbang tentang perkara lain kerana Zurich melindungi aset seperti bangunan dan peralatan mereka.

“Zurich juga terus komited memperbaiki proses memudahkan urusan bagi meningkatkan pengalaman serta urusan pelanggan agar mereka boleh dilindungi dengan mudah,” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.

Antara usaha penambahbaikan yang dilaksanakan adalah termasuk Whatsapp chat bot yang diperkenalkan beberapa minggu selepas berlakunya bencana banjir. Ia bagi memudahkan serta mempercepatkan urusan pelanggan dalam membuat tuntutan dan mendapatkan kelulusan bagi kerosakan harta benda akibat banjir.

Sebagai penyedia insurans dan takaful, Zurich sebenarnya menawarkan lebih daripada itu, yang mana syarikat turut bersama-sama rakyat Malaysia dalam membina komuniti tempatan yang lebih mampan dan masa depan lebih cerah.

Syarikat turut bersama-sama rakyat Malaysia dalam membina komuniti tempatan yang lebih mampan dan masa depan lebih cerah.

Menurut Junior, pada tahun lalu, pihaknya telah menyumbang sebanyak RM130,000 untuk menyediakan lebih daripada 17,000 dos vaksin COVID-19 menerusi UNICEF Malaysia.

Syarikat tersebut turut menyumbang peralatan-peralatan perubatan di beberapa hospital kerajaan bernilai RM1.3 juta bersempena dengan Minggu Komuniti Zurich.

Syarikat menyumbang peralatan-peralatan perubatan di beberapa hospital bernilai RM1.3 juta bersempena dengan Minggu Komuniti Zurich.

“Dengan kerjasama MERCY Malaysia, kami menyalurkan sebanyak RM430,000 bagi membantu 150 buah keluarga di Hulu Langat yang terkesan akibat bencana banjir.

“Selain itu, kami menganjurkan program sukarelawan dalam kalangan kakitangan Zurich untuk mengecat rumah mereka yang terkesan akibat banjir bagi membantu usaha baik pulih dan membangunkan semula kehidupan mereka,” ujarnya.

Zurich menganjurkan program sukarelawan dalam kalangan kakitangannya untuk mengecat rumah mangsa yang terkesan akibat banjir sebagai usaha baik pulih kehidupan.

Inisiatif tersebut merupakan antara fokus utama Zurich Malaysia dalam memberi impak positif di kalangan masyarakat di Malaysia selain terus komited membantu kakitangan menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran yang diperlukan serta komitmen syarikat terhadap usaha memelihara alam sekitar.

Kejayaan Zurich Malaysia tidak terjadi dengan sendirinya, sebaliknya didokong oleh kakitangan syarikat yang diketuai oleh Junior Cho.

Ketua Zurich Malaysia, Junior Cho

Jelas Junior, dirinya adalah lebih daripada Ketua bagi Zurich Malaysia, sebaliknya beliau merupakan seorang yang mementingkan keluarga dan ayah kepada tiga orang anak serta suami yang penyayang.

“Saya merupakan seorang pengembara dan telah menetap di lima buah negara termasuk Malaysia, yang mana kami sekeluarga memanggilnya ‘rumah’.

“Saya mampu bertutur dalam lima bahasa termasuk Korea dan Sepanyol. Nama saya Junior Cho dan saya lebih daripada yang anda lihat,”. katanya.

Anda boleh menonton video-video kisah #IAmMore yang dihantar oleh rakyat Malaysia sebagai inspirasi di laman web #IAmMore.