Kira-kira 1,150 pelarian dari Syria dan Afghanistan tiba di pelabuhan Piraeus, berdekatan dengan bandar Athens, Greece pada Selasa.

Mereka sebelum itu bertolak dari Kepulauan Chios dan Lesbos, sebelum tiba di Piraeus, dengan menaiki feri.

Bagi pelarian, kembara penuh liku selama ini diharap membawa sinar baharu dalam hidup mereka.

"Setiap hari, pasti ada sahaja yang akan mati. Sebenarnya sangat sukar untuk mencari kehidupan baru di luar sana. Sekarang kami hanya fikir bagaimana untuk teruskan hidup. Kita tidak tahu sama ada esok kita akan hidup atau mati.

"Saya merupakan seorang pelajar di Afghanistan sebelum ini. Namun Taliban dan Daesh, mereka menyerang setiap sekolah dan tahap keselamatan di Afghanistan memang sangat teruk dan membimbangkan," kata salah seorang pelarian berkenaan yang juga pelajar bidang pergigian di Syria, Abdulah Al-Ghazale.

Menurut Agensi Petubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), lebih 840,000 pendatang dan pelarian tiba di Greece sejak Januari lalu.

Bagaimanapun jumlah yang tiba pada Disember menurun dari 151,000 orang bulan lalu kepada 92,000 orang.