KYIV: Seramai 1,762 rakyat Ukraine telah dibebaskan dari tahanan Rusia sejak permulaan konflik, kata Presiden Volodymyr Zelenskyy pada Sabtu.

Zelenskyy berkata menerusi hantaran video di Telegram bahawa 116 lagi askar Ukraine dibebaskan dalam pusingan baharu pertukaran tahanan antara Rusia dan Ukraine.

Beliau menegaskan bahawa pertukaran tahanan itu telah berlangsung selama berbulan-bulan, lapor Agensi Anadolu.

Dalam perkembangan lain, Zelenskyy berkata beliau telah menghubungi Perdana Menteri United Kingdom Rishi Sunak untuk membincangkan bantuan senjata kepada negaranya.

"Askar kita telah pun memulakan latihan mengendalikan kereta kebal Challenger 2 di Britain," katanya.

-- BERNAMA