10,000 orang hilang akibat banjir di Libya - Palang Merah

Bernama
September 12, 2023 15:46 MYT
Kira-kira 10,000 orang hilang selepas banjir besar di Libya. - Foto REUTERS
GENEVA: Kira-kira 10,000 orang hilang selepas banjir besar di Libya, kata ketua pejabat Libya bagi Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa yang berpangkalan di Tunisia, Tamer Ramadan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Beliau membuat kenyataan itu pada sidang media PBB di Geneva pada Selasa melalui pautan video.
Ribut yang dikenali sebagai Daniel mula menurunkan hujan di Libya pada Ahad, mengakibatkan bencana banjir di bahagian timur negara itu.
Beratus-ratus orang telah dikebumikan di bandar Derna yang teruk terjejas, di mana dua empangan pecah.
--BERNAMA-dpa
TAG: Libya, banjir, Palang Merah
#banjir besar #Libya #hilang #Taufan Daniel