Satu kejadian tanah runtuh di sebuah ladang teh di Sri Lanka telah mengorbankan kira-kira 100 orang pada Rabu, dengan mangsa tertanam hidup-hidup.
"Saya pergi ke tempat kejadian. Apa yang saya diberitahu ialah kira-kira 100 orang telah tertanam hidup-hidup," kata Menteri Pengurusan Bencana, Mahinda Amaraweera kepada AFP melalui telefon selepas melawat lokasi kejadian di wilayah timur Koslanda.
"Tidak mungkin mereka boleh selamat."
Menteri itu berkata usaha mencari dan menyelamat yang diketuai pasukan kini berubah menjadi operasi pemulihan, di mana mereka berharap dapat menyambung semula usaha awal pagi Khamis.
Beliau berkata penggunaan jentera berat harus dilakukan dengan berhati-hati kerana bukit-bukau sekitarnya masih tidak stabil.
"Pada mulanya kami anggarkan jumlah yang hilang ialah 300, tetapi kebanyakan mereka berada di sekolah atau bekerja," kata menteri itu.
"Kami telah memulakan operasi bantuan untuk menyediakan mereka dengan makanan dan tempat tinggal."
"Bahkan pejabat di mana rekod yang disimpan juga telah rosak," katanya lagi.
Pegawai tentera utama di wilayah ini, Mejar Jeneral Mano Perera berkata 302 orang, termasuk 75 kanak-kanak sekolah, yang rumah mereka musnah dalam banjir lumpur itu, kini dijaga di dua buah sekolah di kawasan itu.
Tanah runtuh itu berlaku ketika kebanyakan mereka sedang bekerja dan anak-anak sudah berada di sekolah, meninggalkan kalangan warga tua dan anak kecil di rumah.
Pegawai tentera berkata kira-kira 500 anggota tentera telah dikerahkan ke kawasan itu untuk menjalankan usaha mencari mangsa.
AFP
Wed Oct 29 2014
Kejadian tanah runtuh di ladang teh di Sri Lanka mengorbankan kira-kira 100 orang dengan mangsa tertanam hidup-hidup. -AFP
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
100 dipercayai tertanam hidup-hidup dalam tanah runtuh di Sri Lanka
Satu kejadian tanah runtuh di sebuah ladang teh di Sri Lanka telah mengorbankan kira-kira 100 orang pada Rabu, dengan kebanyakan mangsa tertanam hidup-hidup.