CETINJE: Seramai 11 orang maut manakala enam lagi cedera dalam insiden tembakan rambang di Cetinje, Montenegro, pada Jumaat.

Antara mangsa yang cedera parah termasuk seorang pegawai polis yang berada di tempat kejadian.

Menurut media tempatan, serangan yang disasarkan kepada orang awam, termasuk kanak-kanak itu dilakukan suspek lelaki berusia 34 tahun.

Suspek dilaporkan maut ketika berbalas tembakan dengan polis.

Saksi memberitahu penyerang melalui kawasan itu sebelum tiba-tiba melepaskan tembakan secara rawak ke arah orang ramai.

Setakat ini, polis masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi dan nama mangsa terlibat dalam serangan tersebut.