ALABAMA: Sekurangnya 12 individu di Alabama dilaporkan maut selepas Taufan Tropika Claudette melanda bahagian tenggara Amerika Syarikat pada Sabtu.

10 individu termasuk sembilan kanak-kanak maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan beberapa kenderaan akibat taufan berkenaan.

Kemalangan itu disebabkan keadaan jalan yang tidak baik susulan taufan.

Manakala dua yang maut disebabkan oleh pokok tumbang yang menimpa rumah mereka.

Taufan yang mencetuskan puting beliung, angin kencang dan banjir itu turut memusnahkan puluhan rumah kediaman.

Hujan lebat sebanyak 30 sentimeter dilaporkan susulan taufan itu di sepanjang pantai Mississippi.