14,600 terbunuh akibat keganasan senjata api di AS

Bernama
Mei 7, 2023 08:18 MYT
Daripada jumlah itu, 521 adalah remaja manakala 93 adalah kanak-kanak. -Gambar hiasan/Getty Images/iStockphoto
WASHINGTON: Seramai 14,600 orang maut akibat keganasan senjata api di Amerika Syarikat setakat ini pada 2023, menurut Arkib Keganasan Senjata pada Sabtu.
Daripada jumlah itu, 521 adalah remaja manakala 93 adalah kanak-kanak.
Sebanyak 199 insiden tembakan besar-besaran telah berlaku setakat ini, lapor Agensi Anadolu.
Kejadian bunuh diri terus menyumbang kepada kadar kematian yang tinggi akibat penggunaan senjata api.
Tembakan besar-besaran yang terbaharu dilapor berlaku di negeri Texas AS.
Lapan orang terbunuh di pusat membeli-belah di Allen, pada Sabtu, kira-kira 48 kilometer di utara Dallas.
Satu lagi kejadian tembakan besar-besaran akhir bulan lalu berlaku di Texas apabila seorang lelaki bersenjata membunuh lima jirannya, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun, menggunakan senapang AR-15 di rumah mangsa di Cleveland pada 28 April.
Suspek, Francisco Oropesa, 38, ditahan pada Selasa selepas diburu pihak berkuasa selama empat hari.
-- BERNAMA
#bunuh diri #senjata api #insiden tembakan #keganasan senjata api