15 maut dalam kebakaran di kompleks Kamala Mills

Astro Awani
Disember 29, 2017 07:17 MYT
Kejadian dilaporkan bermula di restauran '1 Above' yang terletak di bumbung bangunan itu. - Foto Reuters
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam kejadian kebakaran di kompleks bangunan di Mumbai tengah malam semalam.
Kejadian berlaku di bangunan yang menempatkan restauran terkemuka Kamala Mills dan juga sebuah pusat membeli-belah.
Menurut media tempatan, api marak di seluruh bangunan tersebut dalam masa 30 minit.
Berpuluh mangsa cedera dalam kejadian itu dan telah dikejar ke hospital untuk rawatan susulan.
Kejadian dilaporkan bermula di restauran '1 Above' yang terletak di bumbung bangunan itu.
Ramai mangsa cuba berlindung di dalam tandas namun terperangkap, lapor Times of India.
Menurutnya lagi, kesemua mangsa maut akibat sesak nafas.
Ramai diantara mereka merupakan wanita yang hadir ke majlis ulang tahun direstauran tersebut, lapor agensi media Reuters.
Susulan kejadian Presiden India Ram Nath Kovind mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Disturbing news about the fire in Mumbai. Condolences to the bereaved families and wishing the injured an early recovery. Commend the valiant efforts of fire-fighters and those in rescue ops #PresidentKovind

— President of India (@rashtrapatibhvn) December 29, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kompleks bangunan tersebut turut menempatkan beberapa buah restauran terkemuka, pejabat dan juga hotel.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
#API #cedera #hotel #India #Kamala Mills #kebakaran #mangsa #maut #Mumbai