ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 16 orang terkorban manakala 36 yang lain masih hilang dalam banjir kilat akibat hujan lebat pada Khamis di barat laut China.

Air mengalir turun dengan deras dari sebuah gunung di daerah Datong di barat laut wilayah Qinghai China, lapor Agensi Anadolu memetik akhbar harian China Global Times.

Pihak berkuasa tempatan telah melancarkan operasi menyelamat dan bantuan, tambah laporan itu.

-- BERNAMA