Israel mengesahkan bahawa ia akan mempertimbangkan cadangan gencatan senjata oleh Mesir, namun Hamas dikatakan telah menolak cadangan tersebut sekiranya ia tidak disertakan dengan perjanjian.
Laporan AFP hari ini menyatakan, cadangan oleh Mesir itu hadir pada saat Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry dijadualkan tiba di Kaherah untuk berbincang bagi menamatkan permusuhan setelah Washington memberi amaran kepada Israel terhadap rancangan mereka untuk melancarkan serangan darat ke atas Gaza.
Jumlah kematian ekoran serangan Operasi Perlindungan Sempadan yang dijalankan oleh Israel sejak Selasa minggu lalu itu kini meningkat kepada 186, melebihi jumlah mangsa dalam siri keganasan yang sama pada 2012.
Ekoran jumlah maut yang melibatkan ramai orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak, masyarakat antarabangsa kini mendesak gencatan senjata serta-merta dengan menjadikan Mesir sebagai pengantara bagi rundingan perjanjian.
Kaherah pada lewat Isnin mengumumkan cadangan gencatan senjata bermula Selasa dan menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah bagi delegasi Israel dan Palestin berbincang sebaik sahaja gencatan senjata dipersetujui.
Namun begitu, tarikh permulaan gencatan dilaporkan bakal ditunda ekoran Israel yang mahu mempertimbangkan cadangan itu terlebih dahulu di dalam mesyuarat kabinet keselamatannya.
Hamas pula enggan bersetuju dengan cadangan tersebut, di mana jurucakap Fawzi Barhum mengesahkan bahawa mereka tidak akan bersetuju untuk sebarang gencatan senjata tanpa perjanjian penuh untuk menamatkan permusuhan.
"Di saat peperangan, anda tidak meletakkan senjata dan berbincang,” katanya kepada AFP.
Menurutnya, Hamas tidak menerima sebarang cadangan secara rasmi, dan walaupun Israel setuju untuk menghentikan keganasan ‘pada sebelah pihak’, ia ‘tidak akan mempunyai nilai’ selepas kerosakan yang telah dilakukan ke atas Gaza.
Sebelum itu, bekas Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya berkata dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen bahawa “beberapa negara telah campur tangan" untuk menghentikan pertumpahan darah, dan pemimpin Hamas, Khaled Meshaal telah terlibat dalam "pergerakan diplomatik," namun Haniya tidak mengulas lanjut.
Presiden Palestin Mahmud Abbas, yang mengetuai pihak berkuasa Palestin berpangkalan di Tebing Barat, menyambut baik inisiatif Mesir serta menggesa semua pihak untuk menghentikan serangan.
Jumlah kematian melebihi tahun 2012
Kempen serangan udara Israel yang masuk hari ketujuh telah meragut nyawa lebih 186 orang, melebihi jumlah 177 yang direkodkan dalam keganasan di Gaza pada November 2012.
Kumpulan hak asasi manusia berkata lebih daripada 75 peratus mangsa adalah bukan tentera atau penyerang. Agensi PBB bagi pelarian Palestin berkata, lebih satu perempat mangsa pula terdiri daripada kanak-kanak.
Serangan itu telah mengakibatkan lebih 17,000 meninggalkan rumah masing-masing, terutamanya di sekitar kawasan utara Gaza dan berlindung di sekolah-sekolah PBB.
16 dilaporkan terbunuh dalam serangan pada Isnin, berbanding jumlah paling banyak direkodkan iaitu 56 pada Sabtu sepanjang tujuh hari serangan.
Sehingga kini, masih belum ada penduduk Israel yang maut dengan hanya empat mangsa cedera dilaporkan.
Astro Awani
Tue Jul 15 2014
Suar tentera Israel yang dijatuhkan ke dalam wilayah kecil Palestin pada awal Selasa. - AFP PHOTO/MENAHEM KAHANA
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
UNRWA seru masa depan adil, bermaruah untuk rakyat Gaza
Ini termasuk hak pendidikan untuk 600,000 kanak-kanak Gaza yang terpaksa berhenti sekolah.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Qatar sambung usaha pengantaraan gencatan senjata Gaza selepas jeda sebulan
Sheikh Mohammed menegaskan, keputusan Qatar kembali ke meja rundingan didorong oleh momentum baharu, terutamanya selepas pemilihan Presiden AS.
Penduduk Gaza hampir tidak dikenali akibat luka terbakar
Keadaan bertambah buruk apabila rawatan diperlukan mangsa juga tidak dapat diberikan akibat kesesakan di hospital dan fasiliti kesihatan.
Koridor kemanusiaan di Gaza perlu dibuka segera
Pembukaan semula koridor pemindahan adalah penting bagi membolehkan pihaknya menyediakan rawatan penting.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Trump mahu gencatan senjata Gaza dilaksana sebelum mulakan tugas - PM Qatar
Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thanipada Rabu menyatakan bahawa Trump mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum majlis pelantikannya.
Amnesty International tuduh Israel lakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza
Amnesty International pada Khamis menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
'Padah besar menanti jika tebusan masih ditahan' - Trump
Menerusi hantaran di Truth Social, beliau turut menyifatkan tindakan menahan tebusan itu sebagai tidak berperikemanusiaan.
ICC kumpul lebih banyak bukti dalam 18 bulan terakhir - Ketua Pendakwa
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengumpul lebih banyak bukti dan maklumat dalam 18 bulan terakhir berbanding 20 tahun sejak penubuhannya.