MENZELINSK: Sekurang-kurangnya 16 terkorban selepas sebuah pesawat ringan terhempas di tengah Rusia pada Ahad, kata Kementerian Kecemasan.

Pesawat L-410 dengan enjin berkembar yang membawa 23 penumpang itu terhempas di Menzelinsk kira-kira 960 kilometer di timur Moscow.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu, tujuh individu berjaya diselamatkan daripada bangkai pesawat tersebut.

Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan dan enam daripada mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil manakala seorang lagi kritikal, lapor RIA Novosti.

Rakaman foto yang disiarkan kementerian itu turut menyaksikan pesawat berkenaan, yang membawa peminat sukan ekstrem iaitu penerjun udara, terbelah dua.

Punca kejadian masih belum dapat dipastikan.