Sebuah bas membawa peminat bola sepak di Chile terjunam ke dalam gaung membunuh 16 penumpang.

Bas berkenaan terjunam kira-kira 150 meter di kawasan pergunungan di Tome.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, mangsa yang terbunuh berusia antara 13 hingga 18 tahun.

Salah seorang mangsa adalah bayi yang hanya berusia beberapa bulan.

Nahas itu turut mencederakan 21 penumpang lain.

Bas berkenaan membawa sekumpulan peminat kelab bola sepak O'Higgins yang menjuarai kejohanan selepas menewaskan Kelab Huachipato de Talcahuan.

Punca sebenar nahas masih disiasat.