235 terbunuh, lebih 125 cedera serangan masjid di Mesir

Agensi
November 24, 2017 15:22 MYT
Sekurang-kurangnya 155 terbunuh manakala lebih 100 yang lain cedera dalam satu letupan di sebuah masjid di wilayah Sinai, Mesir.
Sekurang-kurangnya 235 terbunuh manakala lebih 125 yang lain cedera dalam satu letupan di sebuah masjid di wilayah Sinai, Mesir.
Serangan yang dilakukan ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan pengganas.
Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertangungjawab atas serangan berkenaan.
Saksi juga menyatakan penyerang melepaskan tembakan ke arah para jemaah.
Sementara itu stesen televisyen tempatan mengesahkan, Kerajaan Mesir mengisytiharkan tiga hari sebagai hari berkabung selepas serangan tersebut.
#jemaah #masjid #Mesir #pengganas #penyerang #Sinai #tembakan #Terbunuh