2 terbunuh, 4 cedera ditikam dalam serangan di bandar Perancis

Astro Awani
April 4, 2020 20:41 MYT
Dua mangsa terbunuh dan empat yang lain cedera dalam serangan pisau di sebuah bandar di tenggara Perancis. -AP
Dua mangsa terbunuh dan empat yang lain cedera dalam serangan pisau di sebuah bandar di tenggara Perancis.
Kejadian berlaku luar kedai roti di Romans-sur-Isère, dekat Lyon pada pagi Sabtu (waktu tempatan) ketika pelanggan sedang beratur menunggu giliran.
Seorang mangsa berusia 40 tahun dilapor dikelar di hadapan rakannya.
Suspek kemudian menyerang dua pekerja kedai tembakau dan seorang pelanggan sebelum menuju ke kedai sembelihan.
Datuk Bandar Marie-Hélène Thoraval berkata penyerang yang dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 33 tahun telah ditangkap.
Pejabat pendakwaraya bahagian antiterorisme dalam satu kenyataan berkata sedang menilai sama ada insiden itu serangan pengganas.
Saksi memberitahu media bahawa suspek menyerang secara rambang di beberapa tempat di sekitar bandar itu.
Beberapa mangsa yang cedera dilapor berada dalam keadaan kritikal, lapor akhbar Le Monde.
Pendakwaraya belum mengenal pasti identiti sebenar suspek kerana tiada dokumen pengenalan diri namun dipercayai seorang warganegara Sudan.
Presiden Perancis Emmanuel Macron dalam pada itu mengucapkan takziah kepada mangsa dan berjanji siasatan akan dilakukan.
"Takziah kepada mangsa korban serangan di Romans-sur-Isere, mangsa yang cedera serta keluarga mereka.
"Kami akan siasat serangan yang menjelikkan ini yang menambah derita kepada negara yang sudah melalui banyak penderitaan beberapa minggu kebelakangan," tulis Macron.

Mes pensées accompagnent les victimes de l'attaque de Romans-sur-Isère, les blessés, leurs familles. Toute la lumière sera faite sur cet acte odieux qui vient endeuiller notre pays déjà durement éprouvé ces dernières semaines.

— Emmanuel Macron (@EmmanuelMacron) April 4, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bandar itu, sepertimana tempat lain di Perancis, kini sedang menjalani perintah kawalan pergerakan akibat pandemik COVID-19.
#antiterorisme #beratur beli roti #COVID-19 #koronavirus #Marie-H l ne Thoraval #menyerang secara rambang #serangan pengganas #serangan pisau #warganegara Sudan