MAYAT 215 kanak-kanak Orang Asli ditemui dikebumi di sebuah sekolah lama di British Columbia, perkara itu didedahkan komuniti First Nation pada Khamis.

Ia sekali gus membuka semula luka lama yang dilakukan kesan sejarah penjajahan Kanada.

Sekolah itu dibiayai Kerajaan Kanada dan sebuah gereja dibina di tapak berkenaan pada sekitar tahun 1870-an.

Sekolah terbabit kemudian ditutup sepenuhnya pada 1996.

Terdapat kira-kira 130 institusi seumpama itu di seluruh negara Kanada.

Sekurang-kurangnya 150,000 kanak-kanak dalam kumpulan First Nation, Inuit dan Metis direkodkan telah menuntut di sekolah berkenaan.

Walaupun tiada angka rasmi didedahkan, namun Suruhanjaya Rekonsiliasi dan Kebenaran telah mengenal pasti lebih 4,100 murid mati akibat penyakit atau kemalangan.